Friday, 10 February 2012

Aku masih mencari

Hmm, dah pukul 2 pagi, aku masih tercari-cari.. tapi tak pasti apa yang dicari. hanya merenung kosong pc di depanku. Apa yang ku cari sebenarnya??

Sekejap ku buka laman princess victoria.. seronok tgk pic bag di sana, semua cantik2 and affordable. tapi aku yang kede ni, tgk je lah dulu.. pasang angan2, bila aku dah ready baru aku try satu, insyaallah. hmm, berbalik pada soalan asal.. apa yg aku cari..

Aku sebenarnya jealous pada kawan2 yang berjaya mencari diri sendiri. zaman sekarang, waktu berjalan pantas,    semua org sibuk mengejar kerjaya, kadang2 tak sedar masa berlalu, usia bertambah tapi aku masih disitu.. masih mencari sesuatu yang kurang pasti.. mungkin kah yang ku cari kepuasan? kepuasan dalam kerjaya, dalam hidup..

Apa yang aku nak? I'm in love with my work, tapi aku rasa I can do more.. I can even earn more for living, tapi bilakah akan aku dapat mencari kekuatan itu untuk berusaha untuk mencapai SESUATU itu.. hanya aku yang tahu.. hmm..

Luahan hati ini bukan untuk sesiapa, tapi untuk aku sendiri, semoga dgn coretan ini, sikit demi sikit memberi aku kekuatan, harapan dan ingatan agar aku tidak hilang dalam kesibukan yang tiada noktah, tiada tujuan.. Cukuplah buat malam ini, kita bicara lagi nanti..Salam

No comments:

Post a Comment