Sunday, 12 August 2012

Jom masak - Resepi Chicken Pie segera


Hmm, chicken pie is my fav sbb dulu2 di fakulti ada jual chicken pie fresh from the oven. baunya hmmm, dap.. lately bila ngantuk buat kerja saya akan pk tntg makanan, apa yg menarik utk di masak. So, the latest one, chicken pie. 

After sometime googling, saya decide to do it. So, recepi ambik daripada web, mudah jer spt di bawah:

bawang merah/ besar - diced
bawang putih - diced
mix vege and diced button mushroom
diced/ minced chicken meat
sikit black pepper - ketuk jer
butter/ minyak msk untuk menumis
garam secukup rasa
Canned Cream mushroom soup  - e.g. campbell
Tepung gandum

cara- tumiskan bawang merah, bawang putih dan black pepper, dah naik bau masukkan ayam dan biarkan setengah masak, then masukkan mix vege dan button mushroom. Pastu tuangkan campbell cream soup dan biarkan mereneh. Tambahkan air dan garam sedikit. Kacau sikit then tambahkan 3 sudu besar tepung gandum, supaya pekat. Siap intinya...

Untuk kulit, beli jer puff pastry jenama Kawan yang boleh dibeli daripada kebanyakkan Carefour, Mydin or Giant. Rupanya macam ini, lebih kurang RM5, ada 10 keping dalam tu.

bentuk2 chicken pie

1) bentuk biasa - pie
aluminium casing Size pastry ni kecik jer, tapi cukup untuk pie case aluminium yg biasa tu. klu nak buat cam kedai kita biasa tgk tu kita perlu 2 keping, satu atas satu bawah. So 1 peket hnya dapat 5 biji pie like <------- this.

untuk bhg bawah, letak 1 keping ke bhg dalam aluminium case dan bentukkan. saya tekan2 sikit doh tu supaya boleh join dgn lapisan atas. (saya ni amatur yer) akan ada cebisan yang terkeluar dari casing. then cucuk2 doh bwh bawah dgn garfu supaya wap panas boleh keluar- ya ker, ntah.. 
then masukkan filling inti tadi dan tutup dgn 1 lapisan atas. untuk lapisan atas ni klu nak cantik kena potong lebiihan supaya jadi bulat cantik. then tekapkan hujg garfu pada hujung doh yang dah bulat tadi. cucuk2 lubang udara lagi sekali, sapukan kuning telur dan its ready to bake!

2) bentuk mudah - segitiga atau segi empat - mudah dan x bazir pastry. tp bkn signature chicken pie... segitiga pun boleh. mcm2 bentuk ada. apa lagi google la ..

       OR

Baking - mcm2 option.
- 200C, 20 minit
- 180 C, 25 minit
Tapi saya rasa ini sbg asas, yg penting warna dah macam masak, keemasan dan garing.

Saja nak share, saya bake guna microwave, tp set for convection. kena fast preheat dulu then baru count baking time. Saya buat 180C, 25 min. tp still bhg bawah kurang masak. Mungkin kena tambah masa sikit lagi atau ubah setting kepada convection + microwave. Sbb bila guna microwave- convection, api kat belakang jer.. 

Ok lah, give it a try.. you'll never know. lagi pun makan untuk kita n anak2 jer.. my girl and boy suka.. cuma bab mix vege tu dia buang la..

Note: Sorry pada tuan punya gambar, saya paste gambar tuan/puan di sini untuk perkongsian ilmu. takde la org lain susah2 nak cari lagi. and thanks too.


No comments:

Post a Comment