Tirai 2013 - Resepi Gulai Ayam Terengganu Mudah

Hmm, agak lama tak jenguk laman ni. terlupa sekejap. Kali ini saya nak share resepi pulak. Mudah je, RESEPI GULAI AYAM. Ramai yang dah biasa masak lauk ni, tapi ni versi saya. Khas untuk mereka2 yang tak berapa pandai masak, macam saya. maklum la sebelum kahwin jarang masak. Nak tahu cerita saya, suami saya suka gulai ayam. Tapi 3 tahun pertama kami kahwin, saya x pernah masak gulai. Sbb? x pandai, so x confident nak buat.

Until satu masa saya cakap pd diri sendiri, aku kena cuba jugak. Mula2 saya mintak mak saya buatkan campuran rempah+bawang yang telah ditumis siap2 untuk saya, kira tinggal masukkan ayam n santan jer. So, happy la saya, sure menjadi, resepi Mak kan. Lama2, bila premix tu dah habis saya terpaksa cuba buat sendiri. Alhamdulillah akhirnya jadi. So, saya syer ngan kawan2 disini-

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia - sebesar ibu jari
Semua di atas di kisar

Rempah gulai/ masak Tganu - 2 sudu besar (beli timbang xda jenama, klu x cap bunga ros pun ok. Tp sya x berapa gemar, sbb dia kuning skit. )
Rempah kari Adabi - 2 sudu besar (klu xda rempah gulai, pakai rempah kari saja pun boleh. tapi tambah la, krg x rasa. klu pakai rempah gulai sj pun boleh, tp x rasa kari. Ikut selera)

1 ekor ayam yang dah dipotong dan dibersihkan, masukkan dalam periuk, masukkan bawang yang dikisar dan campuran rempah. Gaulkan, tambah air sikit-(1 cawan) dan panaskan atas dapur biar empuk.

Then,  mayang sebiji bawang besar, di kuali lain, tumiskan bersama 1 @ 2 sudu cili boh. Masukkan ssebatang kulit kayu manis dan sebiji bunga lawang. Bila dah garing bawang n lada, tutup api dan tuang ke dalam periuk yg tengah masak ayam tadi. (Kalau nak kurangkan lemak atau nak cepat, x perlu tumis, masukkan je cili boh tadi sekali dengan bawang kisar dan rempah tadi)

Sementara ayam empuk, klu nak letak kentang, boleh masukkan. klu ada, masukkan 1 sudu nyior gula. masukkan 1 keping asam gelugur. Klu ada boleh masukkan sebiji tomato. potong suka hati jer- untuk menggantikan MSG. Next, masukkan garam dan gula melaka (Org Tganu panggil Nissang). Klu letak gula melaka atau nissang ni lagi sedap. Manis dia lain berbanding gula. + ada aroma tambahan. letak ikut citarasa. klu x yakin, letak sikit2 dan rasa.

Bila nampak ayam dah agak masak, masukkan 1 bungkus/ biji kelapa - santan. Lepas tu biar je dia mendidih. Tapi api biar sederhana. Bila ayam dah mcm masak, perlahankan api dan tutup periuk supaya pecah minyak. Tp jgn sampai byk sgt minyak pulak. Boleh masukkan lada hidup kalau nak. Bila santan naik minyak, kita boleh bau aroma dia. Then boleh la tutup api. Emmm, dapp... Tak caya, try..

Ok, dah siap... mesti best. Try la..  Ni saya letak gambar dari blog teratakibu. Dia pun pakai rempah Trg. Insyaallah akan jadi mcm ni. Nak letak gambar saya sendiri, saya x ada camera la ni. Nanti2 insyallah.

Comments