BEIJING - GREAT WALL
Trip saya ke China adalah beberapa kali kerana
urusan kerja. Sekarang tidak lagi. Saya 2 kali ke Beijing, juga pernah ke
Shanghai dan Hangzhou (bukan Guangzhou tau).
Jika untuk jalan-jalan, saya sebenarnya paling suka
kan Hangzhou. Tapi daripada Hangzhou, jauh untuk ke Great Wall, lokasi wajib
bagi yang pertama kali ke China. So, kali ini saya nak kongsikan pengalaman di
Beijing.
Hotel
Pertama kali, tahun 2007 saya menginap di Kunlun Hotel. Hotel besar, berdekatan
dengan kawasan embassy. So rasa sangat secured. Tahun 2013, saya menginap di Swissotel Beijing. Lebih kecil, tapi mudah
kerana disebelah hotel ada stesen subway mcm LRT. Agak sesak kawasan luar
hotel sebab tempat turun naik keretapi. Pada saya, mana-mana hotel di Beijing adalah selamat. Nak
mudah, pilih la hotel yang dekat dengan tempat pengangkutan.
Pengalaman saya tertinggal kawan di Yashow Market.
Sebenarnya miscommunication. Telefon saya belum ada internet. So x dpt contact.
Waktu yg dijanjikan dia masih belum dtg kt tempat yg kami janji. Lepas ½ jam saya
igt dia dah balik hotel, so saya balik hotel. Rupanya dia belum balik. Lama menunggu
tak datang2 kawan saya ni, saya dengan sgt risau tanyakan receptionist hotel. Dia jawab mudah je kat saya – ‘Don’t worry mem, no person lost in Beijing’.
Oooh, macam tu ker. Dah dekat nak maghrib baru kawan saya tu balik hotel. Rupanya
dia tunggu saya kat entrance Yashaow Market berjam2. Dia terlambat, saya pulak tak sabar2..
Kedai Makan
macam ni.. |
macam ni, or.. |
Menu apa??
Mee pintal dalam sup daging.. |
Pembuatan mee pintal. Even anak saya yg setahun setengah pun suka makan mee ni. |
Daging goreng yg saya selalu look for.. |
Ini tempat wajib kalau ke Beijing kan. First time saya ke sini dulu, kami naik teksi. Tapi terbaru, saya naik Subway dari hotel penginapan. Ada change stesen la, saya tak berapa ingat. Tapi tak susah pun. Stesen tu namanya Qianmen kalau tak silap. Kita akan sampai di tepi Tianamen Square. Tapi saya nak cerita pasal makan ni. Opposite Tianamen Square ada Qianmen Pedestrian Street. Malam mmg happening. Ada deretan kedai- kedai pakaian, kedai cenderamata, dan kedai makan. Ada satu kedai makan steamboat Halal, sedaaapp sgt.. Tapi maaf saya lupa nama kedai. Kawan2 pergi sana carilah..
Pintu Gerbang Qianmen Street |
![]() |
Qianmen Pedestrian Street di waktu malam. Cantik sgt... pada hujung minggu sesak dengan pengunjung |
Pemandangan bangunan di Tianamen Square ketika nak melintas ke Qianmen Street dari Subway. Sooo nice.. |
Shopping
Yashow Market
Yashow market ni ala2 macam dekat Kenanga Wholesale Center (KWC) yg kat KL tu. KWC tu sebenarnya tiru shopping mall di China saya rasa sebenarnya. Menggunakan konsep yg sama. Tapi KWC cantik lagi..
Awas, seperti selalu didengar, penjual disini memang agressive. Pantang sentuh barang dia, kita di tariknya. So, fikir betul2 samada kita nak atau hanya nak pandang2..
Awas, seperti selalu didengar, penjual disini memang agressive. Pantang sentuh barang dia, kita di tariknya. So, fikir betul2 samada kita nak atau hanya nak pandang2..
Compared to Silk Market, harga barang di Yashow Market lebih murah. Mungkin sebab fasiliti di Silk Market lebih elok, kedai pun lebih canggih. Pintu kaca, di Yashow biasa2 jer..
Jangan terpedaya dengan harga yang diletakkan. Semua pun barang tiruan so, harga tiruan la kann..
Beg longchamp saiz std- RM15 or 30Yuan
Baju/seluar budak - RM15-20
Kemeja Lelaki- RM30
Blouse Wanita - RM20 -30
Tshirt Beijing - RM10-20 ikut material n design
Beg Le SportSac - RM20-30 ikut saiz
Kasut sukan - tak lebih RM50
Silk marketJangan terpedaya dengan harga yang diletakkan. Semua pun barang tiruan so, harga tiruan la kann..
Beg longchamp saiz std- RM15 or 30Yuan
Baju/seluar budak - RM15-20
Kemeja Lelaki- RM30
Blouse Wanita - RM20 -30
Tshirt Beijing - RM10-20 ikut material n design
Beg Le SportSac - RM20-30 ikut saiz
Kasut sukan - tak lebih RM50
Ini pula Silk Market. Nampak pun lebih kelas kann.. nak masuk pun fikir 2-3 kali, takut terpaksa beli.. hihihi...
Tak dinafikan di sini ada juga barang yang lebih cantik daripada Yashow Market..

Basement Silk Market ialah hentian subway. Mungkin hentian tu namanya Silk Market kot..
Tingkat atas Silk Market pula ada food court. The best part is ada satu stall muslim jual mee pintal. Dalam RM7 semangkuk, besar punyaaa.. Sedap la.. Sejuk2, makanan panas semua sedap kak..
Must go places
Oh ya, selain bershopping jgn lupa ke tempat2 ni. Great wall memang menakjubkan. Pemandangan yang sangat indah.. alamilah sendiri ye kawan2.. Tianamen Square menarik terutama bagi yang minat sejarah... bangunan pun cantik. Dekat dengan Qianmen Pedestrian Street yang saya cerita kat atas.. menarik la untuk 1st time visitor. Pearl dan Silk House ke ape ntah namanya pun harus pergi. TAPI... jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis penjual di situ. Dah bacakan, ramai yang tertipu beli Jed or Mutiara yang kononnya harga ribu riban dengan harga beberapa ratus. Kalau rasa bukan manikam, jangan beli okeh.. Tempat Silk tu menarik sebab memang kualiti yang ditunjukkan sangat bagus. Tapi mampu tengok je lah..
Great Wall.. its like endless |
Silk house or somethg.. |
Comments
Post a Comment