Salam.
Bosan-bosan di rumah, teringat pada lauk kegemaran saya sekeluarga, Ikan Siakap Kukus Limau. Mula-mula dulu, bila suami saya bawa balik siakap hasil pancingan, saya masak di rumah, biasanya 3 rasa la. Satu hari, oleh kerana penat campur malas ;) saya minta dia hantar ke kedai untuk masakkan. Caj RM10 je. Tup2 seddap pula cara masaknya. Sekarang tukang masak dah tak ada, so saya kena la carik resepi dan buat sendiri. Hasil googling, dah 2 kali saya buat dan saya kategorikan sebagai berjaya la. hehehe.. meh kita kongsikan resepinya. Memang sgt sesuai untuk menu anak2 yg tak suka masakan pedas.
Ini bahan asasnya -
Ikan Siakap yang telah dibersihkan. Saya suka saiz sederhana.
Bawang besar - 1 biji, potong tegak/ mayang
Bawang putih - 6 biji, hiris halus
Halia - 1 inci, hiris halus
Cili hidup - 1-2 biji, hiris halus (x letak pun ok)
Serai - 4 batang, pjg sejengkal, potong serong nipis
Perahan Limau Nipis - 4-5 biji perahan
Penambah perasa- kiub ayam 1
Cara-caranya -
Bagi yang ada pengukus besar, boleh gunakan pengukus. Saya gunakan kuali je, mudah..
Masukkan air sebanyak mana kita nak kuahnya, jgn risau, nanti pun boleh tambah.
Masukkan semua bahan yang dipotong, biarkan mendidih.
Masukkan jus perahan limau nipis, kiub ayam dan sedikit garam, sesuaikan rasa. Kalau rasa x cukup masam, tambah lagi jus perahan limau nipis. Yang penting rasa masam, serai dan halia mesti ada.
Akhir sekali masukkan ikan, tutup kuali dan biarkan masak, boleh balikkan ikan jika nak pastikan betul2 masak.
Senangkan.. SELAMAT MENCUBA..

Comments
Post a Comment