Salam,
7-9 Mac lepas saya, ibu dan adik ke Ho Chi Minh (HCM), Vietnam untuk membeli belah. Hehe, sebenarnya temankan ibu saya yang memang ada perniagaan kecil-kecilan di kedai kat kg. Nak menambahkan stok raya.
Yang menariknya, ini 1st time kami ke sana. Itinerary pun singkat sahaja, 3 hari 2 malam. Tapi kami sampai ke sana awal pagi, pulang jam 8 malam. So cukup maa untuk shopping sahaja. Kami langsung tak pergi jalan2 atau ke terowong Chu Chi ke Sg. Mekong ke..
Saya sharekan di sini pengalaman kami untuk memudahkan kawan2:
TIPS 1: Hotel
Nak mudah duduk je di area District 1, diorang panggil Malaysia Street. Jalan yg ada Hotel Pink Saigon 2, Hotel Thanh Thu dan Hotel Huong Loung ke apa namanya. Opposite jalan, Kedai makan Hjh. Basiroh, Kedai Makan 1Malaysia and lagi satu kedai saya lupa nama. Kenapa? dari sini mudah nak kemana-mana. Seberang jalan besar ialah Pasar Benh Thant, nak ke Pasar Benh Thay pulak naik bas dari stesen yg dalam 500m jalan kaki. Senang banget..
Saya stay di Thanh Thu baru-baru ini. Dalam RM100 semalam. Tiada breakfast. Bilik katil double, toilet ok, aircond ok cuma bilik agak sempit. Tiada coffee making facilities. Macam hotel bajet tetapi dengan toilet, katil dan TV yg selesa. Alat penimbang ada disediakan di lobi.
Staf di reception very2 nice and helpful. Komputer di hotel ini not working, so saya tumpang check in dan print di Hotel Hoang di sebelahnya. Hotel ini besar.
TIPS Tambahan - Tukaran Wang
Haa, tip utama yang saya nak kongsikan ialah tukaran duit. Semasa trip saya ke Vietnam, saya tukar duit RM kepada USD, sebab banyak advise dekat blog cakap lebih mudah. Dan sedikit tukaran kepada Vietnam Dong, hanya untuk cover duit teksi, makan dan tambang bas. Rupanya ia bukan tindakan yg bijak untuk saya. Kenapa? Kerana kadar tukaran di Vietnam lebih murah daripada di Malaysia. Kalau tak silap, waktu itu
Di Malaysia - 1USD = RM3.30
Di Vietnam - 1USD = RM3.00
Haa, hanya 30sen, tapi kalau kita tukar USD1000, bezanya dah RM300. So, depending on currency, ada masanya x perlu tukar banyak duit RM ke USD di Malaysia. Guna RM lagi bagus.. Pandai-pandai la kawan2 dapatkan maklumat sebelum decide..
TIPS 2: Membeli belah
Jangan beli di Pasar Benh Thant dulu, boleh singgah untuk try harga tapi jangan beli dulu. Pergi tengok di Chinatown atau juga dikenali sebagai Pasar Binhtay. Daripada pengalaman saya dan tanya2 pada org2 Msia yg ada, beza harga (yg paling murah kami dapat selepas puas bertekak) macam di bawah :
Barang Pasar Benh Thant Pasar Binhtay
Sutera Vtnam (glitter) RM39/sepasang RM 36/sepasang
Lace dengan sequin RM100/2 meter RM50/2 meter
Cotton english RM28-32/sepasang RM 25-30/sepasang
Beg luggage RM110 (sz sderhana, kain) RM150(besar, plastik),RM90cabin sz,plastik)
Pasar Ben Thanh- keluar hotel, pusing kiri dah nampak!! |
Pasar Binhtay, juga dikenali sebagai Chinatown.. |
Jgn terkejut, hari ni kain lain, esok kain lain. Stok dtg hari2 |
TIPS 3 : Kedai best
Saya sebenarnya tak ada banyak maklumat pasal kedai best di Pasar Ben Thant. Pada saya it's try n error. bargain hard, kalau dapat harga range yg saya cakap tadi saya rasa good enough. Lagi pula saya tak keluar ke city melihat butik2 di sana. Saya cuma berlegar di kawasan hotel. Butik dekat deretan hotel pun harga masih best.
Kurung pasang English Cotton - RM28-32 sepasang
Alas meja bujur, kerusi 12 - RM140 - jenuh bargain, failed!!
Alas meja kopi - RM40
Adik saya cuba tempah baju kurung moden siap 24 jam, RM50 upah, hasilnya ROSAK!!! hahahah, nasib baik saya tak ambik risiko tu. Konon gambar kain kembang payung, siap baju kembang sejambak, takde payung2 dah.. pastu si owner kedai buat muka toye jer.. Adik saya malas nak outer2. Kalau saya, paling tidak bebel la sikit. Heee ;)
TIPS 4: Makan
Kopi ais yg slim.. |
Popia basah yg kanan ni, ada udang, and sayur pudina. Tak tahan..urghh |
The famous Mee Pho/ Mee Daging |
Silapnya kami langsung tak bawak bekalan dari Msia, not even Maggi. Huhuhu, sedih.. Oh ya, lagi pula kedai Hjh. Basiroh bukak lewat. Kita plan nak turun awal, nak naik bas ke Pasar Bent Thay tapi tersangkut sebab kedai belum bukak. Dalam pukul 8am kot baru bukak. Tu dah macam kul 9 kat Msia. Kedai 1Malaysia memang bukak lambat sikit, takda jual untuk breakfast.
TIPS 5: Lain-lain
- Bawa pisau lipat, so that boleh beli buah-buahan yg segar bugar. Jgn beli yg dah potong, diorang x basuh elok pun pisau tu, main celup2 je dalam air basuhan yang dah kelabu.
- ATM ada kat dalam Kedai Serbaguna, selang 2 buah kedai kot dari kedai makan Hjh Basiroh atau Kedai 1 Malaysia. So jgn risau.
- Bajet dari hotel ke airport naik van Vinasun hanya VD160,000. Murah jer.. Mintak pekerja hotel bayarkan terus kat driver teksi, so that dia x boleh tipu kita..
Hmm, hari ke-2 kami disini, dapat berita tentang kehilangan MH307. Yg katanya hilang di Vietnam tu. Peliknya malam sebelumnya tak ada pula hujan macam yang dikatakan. Apa pun, alhamdulillah penerbangan kami ke KL selamat..
Ok lah semua, berhenti di sini dahulu. Nanti-nanti kalau saya ada teringat apa-apa yang menarik saya akan update. Have a nice and safe trip semua..
mahal la sis cotton rm28-32..dalam bn thanh rm24 jer....saya g dah 4x..mmg x pernah plak beli rm28.. ;)
ReplyDeleteYa ker, bagus la kalau dapat yg lebih murah. Saya pergi tak beli pun kain pasang. Terus beli yg siap baju, dkt tepi hotel kat District 1 tu. Cotton lembik RM26 rasanya sepasang, yg cotton English RM30 kan.. TQ for the info, kalau ada next trip saya bargain sampai dapat harga tu. heee.. ;)
ReplyDeleteSaya pegi tahun 2014, saya beli lbih kurg 13 pasang kain cotton di pasar ben thanh ngan harga sepasang dalam RM15
DeleteSaya boleh dapat rm21-25 di ben tanh....last 2month sy pergi....esk akn k sana lg...hihihi
ReplyDeleteyekew.wahh best laa..sy nk pi sne bln 12 ni gn mummy sy..sy nk beli borong..so bole la share sis :)
Deletekalau pegi after raya, harga kain tu sama jer ke?
ReplyDeletesalam sis.. nk tnye normally kedai2 gune vietnam dong or dollar?? dgr kate kat vietnam kain murah.. next week sy ade trip ke vietnam.. so nk advice skit...
ReplyDeleteKalau shopping area ben than market kebykkan guna rm. Kalau shopping di saigon square dan russian market guna dong. Duit dong tak perlu tukar byk. Sama juga dgn duit usd.
Deletesaya hanya sekali ke HCM, di ben thant boleh guna RM, USD atau Vietnam Dong. to me, guna RM the best sebab tak rugi sebab pertukaran wang. tengok tips saya kat atas ..
Deleteterimakasih atas segala info yang dikongsi bersama.semoga allah berkati hidup sis dunia akhirat.amin
ReplyDeletesaya bercadang nak ke sana bulan depan. dah dapat idea untuk harga kain cotton. harus dapatkan rm21-rm25.hihihi...
ReplyDeleteDear Ibumal,
ReplyDeleteSangat membantu ... terima kasih .. ada ambil sedikit info utk tatapan kawan2 ...
Salam smua harap kwn2 boleh suggest hotel terbaik kat Ben tanh..book atau redah je mana lg baik?insyaallah January 2015 ~zed~
ReplyDeleteHotel terbaik tu bergantung apa yg kita nak dan bajet. Klu x kisah dengan perabot hotel, bilik yg just nice untuk balik berehat, hotel yg saya stay ni OK. yg penting mesti di Disctrict 1. Saya suggest book awal esp klu kita di tempat baru 4 d first time. lepas penat mengejar flight, cari teksi, mesti tak nak fenin kepala kannn.. tepuk dada tanya selera ;)
DeleteSalam,
DeleteTumpang tanya..... Nak book hotel tu melalui Agoda atau Booking.com ke? Boleh tak kalau book terus melalui email?
Saya selalunya book awal. lebih mudah. Kalau hotel di Vietnam, x pasti how efficient is the hotel to reply thru email. Lagi pun kebanyakkan hotel di DIstrict 1 ni,hotel kecik jer. English pun x berapa faham.
DeleteQueen ann kt district 1 ben thant..book from agoda
ReplyDeletesalam..terima kasih atas infonye :)..saya nak tanya,kat sana pakai duit usd ke untuk beli barang? kalau pakai duit vietnam xboleh ke? atm kat sana atm bank apa ye?cimb bank boleh kelurkan duit ke kat atm tersebut?
ReplyDeletetengok tips saya kat atas. untuk makanan, teksi dan bas, mmg pakai dong je. selebihnya, boleh guna RM, USD atau Vietnam Dong. to me, klu di ben thant guna RM the best sebab tak rugi sebab pertukaran wang. ATM machine yg dekat situ saya tak ingat la namanya dan x try.
DeleteDinasihatkan pakai jer rm kat sana..cuma tukar duit vietnam untuk makan n transport jer...beli belah sume guna rm jer..senang nk tawar...
ReplyDeletesaya pun dpt RM23 je kat ben thanh...maybe cotton awak lagi kualiti kot...tp shopping sana mmg heaven...
ReplyDeleteVd160000 dr hotel ke airpot per person ka camna?
ReplyDeletePer transport - mcm van. x kisah berapa orang pun..
Deletesenang tak nak dapat trasnport daripada airport ke hotel... berapa rate dia
ReplyDeleteRate dari Airport ke hotel kena survey. Baru2 ni saya bayar di kaunter MaiLinh kena charge 300,000 VND walhal kalau dari hotel ke airport cuma 160000 VND (Teksi Vanisun).
Deleteto me, senang je. pergi je ke kaunter Taxi. sama macam kat KLIA juga. Tanya rate dulu, ada masa untuk fikir. Klu setuju baru bayar, ambik resit dan pergi ke kenderaan. Saya memang guna Teksi Vanisun
DeleteSaya stay kat bloom hotel.. Selesa memang selesa.. Nak makan pun mudah.. Ada nabil briyani tepi hotel..
ReplyDeleteAssalam..nak tanya..kalau nak tukar duit vietnam tu rasanya perlu tukar brapa byk..kalau tukar rm500 duit kita ok ker..or byk sgt tu
ReplyDeleteDepend pada kita, nak guna untuk apa. Saya dah lupa kadar tukaran tu. Tapi, Halal food kat sana memang mahal. Saya bertiga makan tengahari nasi berlauk di Restoren 1Malaysia dah hampir RM100. So, RM500 xda la banyak sangat. Ce baca cerita kat atas, hihi -
Delete... kami makan di Kedai 1Malaysia. Sedap boleh tahan la, tapi mahal. Baik Tomyam, nasi goreng atau popia basah Vietnam , semua sepinggan/ satu hidangan RM20. Lunch kami last day berlaukkan 1 Mee Pho, 2 nasi putih, 1 telur dadar, 1 tomyam dan 1 sayur kangkung, 2 soft drink, 1 kopi ais jumlahnya RM100!! Haiyooo...
assalam sis. saya nak interview sis pasal pengalaman buat mamogram tu blh tak? ini emel saya gustilala@gmail.com / 0162335969 whatsapp
ReplyDeletepengalaman saya buat baju kat pasar bentanh.. hihi.. saya dan kawan. kawan mengamuk saya pula menangis. saya taknak ambil baju saya melainkan nak semula duit saya.
ReplyDeletesaya kalau marah tahap gaban memang dah takle buat apa apa melainkan menangis dan duk diam diam. Risau tangisan berubah jadi amukan puaka heheheh.
husband pujuk sampaila tokey kedai tu rasa bersalah dan datang semula kepada saya... bagi baju tu for free. dan izinkan saya ambil kain lain sebagai ganti.
Salam sis..nak minta advise..kalau bajet dlm 6-7k..patut beli kt kilang ke eh..n if kt kilang..Ade xkilang nearby yg sis boleh suggest?
ReplyDeleteSalam..Hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..
ReplyDeleteNo Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com
Salam semua, maaflah lama saya tak jenguk blog. Sibuk dengan baby baru. yang bertanya notimportant tentang nak beli kat kilang, maaflah saya memang tak tau. saya baru pergi sekali, itu pun pakai redah jer. Tq juga pada yang kongsi info. seronok rasanya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSana berbelanja guna dong or rm??
ReplyDeleteHi Sis, nak tanya kat sana ada tak cotton pattern cute2..yg orang sini jual panggil high quality grade AAA cotton
ReplyDeletePENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Nak beli seluar track adidas.. hehe.. ade ternmpak.x kat pasar mane? Bru dpt tau peniaga banyak amik sana tp claim made in Malaysia.. huhu
ReplyDelete