Saturday, 26 January 2013

Cubaan berjaya - Resepi Tomyam Putih

Hmm, semalam rasa macam malas jer nak masak. Pagi buat mihun goreng, tengahari kenyang lagi so tak masak. menghala ke petang rasa lapar pulak. Dah malas nak masak, saya ajak la Cik Suami ke kedai makan. Kami makan Tomyam Putih. Saya selalu beranggapan tomyam putih lagi sedap daripada tomyam merah. Makan kat PKNS Bangi, ok la.. Tapi yang best nyer, my 2 year old girl boleh makan. Langsung dapat idea untuk masukkan menu ni dalam menu masakan harian. Bukan senang anak2 saya nak makan lauk2 yg ada cili ni.. hihihi.. So, balik umah terus google resepi. Jumpa beberapa resepi dan try yang kakinakl, adjust sikit dan hmm, not bad.. ada la bangga sikit ngan diri sendiri. tp lum sampai riak la. tak sabar tggu Cik Suami bangun tidur tuk makan bersama telur dadar.. yummy.. Jom kita tgk resepinya..Cuba, jgn tak cuba, insyaallah jadi.


Resepi Tomyam Putih - Ayam/ Udang/ Sotong
  • sebiji bawang besar, potong 6-8 (serong2 mcm kat kedai tu. org pggil potong baji eaa??)
  •  4 ulas bawang putih, hiris halus atau ketuk2 hancur
  •  1/2 inci halia - ketuk sikit
  •  1/2 inci lengkuas (klu xda, pun masih ok)
  •  2-3 tangkai cili api (2 biji just nice for my girl, adjust ikut penerimaan)
  •  2 batang serai - ketuk sikit
  •  1 sudu besar sos ikan (klu xda, pun masih ok)
  •  5 helai daun limau purut
  • air perahan 2 biji limau nipis (bila rasa klu kurang masam, blh tambah lagi)
  • 1 1/2 liter air
  • ayam di potong kecil (kuantiti ikut suka, bahan cukup untuk kuantiti air/ kuah)
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu besar gula (klu x letak kurang kick tau)
  • secubit MSG/ ajinomoto
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 2-3 tangkai daun ketumbar (untuk aroma/ hiasan, xda pun xpe)
  •  sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung dan lain-lain..

Langkah-langkah
1.        Panaskan minyak dalam periuk,
2.        Tumis bawang putih sampai naik bau..masukkan ayam,
3.        Kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air dan didihkan.
4.        Bila dah mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali sayur...renihkan.
5.        Tambah garam, gula dan MSG.
6.        Akhir sekali masukkan udang/sotong dan sayur2 yang di sukai. Saya cadangkan udang dan sotong masuk kemudian sbb dia cepat masak. klu overcook, jadik liat dan kurg sedap.
7.        Renihkan beberapa minit, dan siap. Jgn tutup dulu periuk, nanti sayur nya over cook.

Ok, dah siap, boleh la tambahkan beberapa tangkai daun ketumbar. Untuk aroma..

Selamat mencuba.. ;)

No comments:

Post a Comment