Minyak Habbatussauda untuk kesihatan

Salam. 
Entri terdahulu saya cakap nak cuba Habbatussauda. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan untuk saya, jumpa kawan yag supply habbatussauda kapsul, jenama Minsham. 

Semuanya bermula bila Anak kedua saya demam panas, masuk wad bulan April 2013. Dia memang sensitif. Yg sedihnya suhu terlalu pana, so kami mandikan masa di rumah and then bawak ke klinik. Sampai ke klinik, dr tak dapat nak masukkan drip air sebab x nampak urat darah sebab dia mengigil sejuk, urat shrink. 2-3 org Dr cuba, termasuk Paed. Maybe kerana suhu badan panas, then duduk dalam bilik rawatan yg sejuk + stress cubaan cucuk jarum berkali2, dia FIT juga. Sedih betul saya dan suami. Tuhan saja yang tahu. Part of myself menyalahkan staf klinik kerana tidak sensitif dengan keadaan anak saya yang kesejukkan. Namun, saya selalu ingatkan diri saya, kita hanya boleh merancang dan berusaha, tetapi ALLAH lebih berkuasa. Semua yang berlaku ada hikmahnya.. Alhamdulillah selepas 6 hari di wad, anak saya boleh discaj. So bermulalah episod mencari jalan alternatif bagi saya...

Daripada pembacaan saya habbatussauda boleh membantu meningkatkan immuniti badan. Satu hari saya terdengar kawan di pejabat ada jual habbatussaiuda kapsul, jenama Minsham. Pagi2 dalam kereta dengar IKIM, saya terdengar satu saranan spt ini 'sekiranya kita hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah, kenapa kita tidak yakin dengan kebaikkan makanan sunnah.' Bermula itu, anak saya saya berikan kapsul minyak Habbatussauda, termasuk untuk si kecil yang baru 2 tahun. Sebelum beri saya rasa dulu- pecahkan kapsul. rasanya berminyak of course dan pedas sikit. 

Saya mulakan dengan 1/2 kapsul setiap org setiap pagi atau sebijik, setiap 2 hari. mmg nak kena paksa dan sediakan air minuman cepat lepas diorang makan. Tapi, si kecil yg 2 tahun mcm x ada rasa apa2, dia ok jer. Lama kemudian, saya naikkan dos kepada 1 bijik sehari. Memang x nampak perubahan drastik, tapi saya yakinkan diri saya untuk yakin dan bersangka baik, saya teruskan.

Kini dah hampir 4 bulan saya amalkan Habbatussauda Minsham, w/pun ada ketikanya terhenti bekalan. Antara kebaikkan yg saya nampak ialah anak2 saya yg ada mild asma, dulu kalau berlari bila bermain dia akan batuk, tetapi Alhamdulillah sekarang tidak lagi. yg 2 tahun pula, kalau selesema, sebelum ini selesema itu akan merebak sehingga dada berbunyi kahak, sekarang hanya selesema, dada clear. ya Allah, saya sangat bersyukur dengan nikmat ini. Nak saja saya kabarkan pada ibu2 yg saya jumpa di taman2 yg dada anak2 mereka berbunyi bila batuk untuk cuba Habbatussauda, namun saya belum berani. Insyallah, satu masa nanti.

Hari ini, anak kedua saya demam lagi, selepas episod FIT bulan April lepas. Kejadian Demam atau fit adalah ibarat KPI saya. target saya adalah tiada lagi episod FIT tahun ini. Insyallah saya akan berusaha demi anak yang saya sangat kasihi. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan saya. Sesungguhnya kesihatan adalah NIKMAT yang sangat berharga. Pada ibuu bapa di luar sana yg anak2 nya menghadapi penyakit serius, tabahlah. Saya doakan anda sentiasa kuat dan berlapang dada. Andalah inspirasi saya.. Penyakit inilah yg mendekatkan kita pada ALLAH. Semoga ALLAH sentiasa mendengar doa kita dan memberi kita kekuatan. 

Bagi yang belum mencuba, cubalah Habbatussauda dan yakinlah dengan amalan sunnah ini. Sesungguhnya kita dalam kerugian jika kita mengenepikan Al-quran dan al-sunnah.

Salam. 

Comments

  1. Salam. Saya mempunyai anak lelaki berumur 7 Tarun. Dia selalu demam panas dan pernah fitt sekali semasa berumur setahun. Sekarang demamnya kasih kerap dan saya terlalu sedih bila melihat dia sering di hospital dan makan berbagai ubat. Imunnya saya rasa tak sekuat kanak2 lain sebayanya. Saya akan mengamalkan Habatussauda dan manuka honey untuk membina imunisasinya. Bagaimana keadaan anak Puan sekarang selepas habatussauda?

    ReplyDelete

Post a Comment