Bajet 2014, Apa Yang Menarik?


Hmm, bajet 2014 dah bentang. Selain bonus 1/2 bulan untuk anggota kerajaan dan gula dah tiada subsidi atau kata mudah, akan naik harga, apa lagi yang menarik untuk kita tahu? Yg menarik pada saya yang masih 'mencari', ini adalah isi-isi yg penting -

UMUM
  • BR1M
    • bagi yang berpendapatan isi rumah <RM3000, diteruskan dan dinaikkan kepada RM650
    • BARU - bagi yang berpendapatan isi rumah RM3000 - RM4000, layak diberi RM450
    • bujangan berpendapatan <RM2000, diteruskan dan dinaikkan kepada RM300
    • RM50 Insuran Takaful Berkelompok kepada penerima BR1M. Perlindungan max RM30,000 atas kematian atau hilang upaya kekal
  • 6% GST - Bermula 1 April 2015, GST dikuatkuasa dan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dimansuhkan. GST dikecualikan bagi bekalan air, letrik up to 200kW, barang makanan asas - gula, beras, garam, tepung, minyak masak etc. Kadar cukai akan dikurangkan 1-3 mata. Penting nih..
  • Sekolah - tambahan prasekolah dan sekolah rendah - masalahnya kami golongan pertengahan, anak-anak kami tak layak pra sekolah kerajaan. ;(
  • Bantuan Persekolahan RM100 diteruskan
  • Pesakit buah pinggang tahap akhir- pemberian kit CAPD, RM19ribu seunit, supaya boleh dirawat dirumah
  • Bantuan Jab. Kebajikan - wang saku kanak2, dinaikkan daripada RM1.50 kepada RM3 sehari bagi yg bersekolah. Yang tidak bersekolah naik 50sen. Alhamdulillah, sangat wajar. 
  • Pesakit breast cancer - bantuan alat bantuan dan coli khas

PENIAGA
  • Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) - pinjaman mudah dengan subsidi 2% kadar faedah atau rm200k setahun. (Maknanya kalu interest rate 5%, kerajaan bagi subsidi 2%, PKS hanya bayar 3 % tapi max 200 ribu setahun. Em, banyak juga tu..
  • Skim Usahawan Pasar Malam - kendalian BSN, max RM30k, interest 4%

PEKERJA MAKAN GAJI/ KAKITANGAN GOV
  • Potongan Cukai Berjadual - Bermula taksiran 2014 (maksudnya tahun 2015 la) Kalau dah buat PCB dan setuju dengan potongan yang telah dibuat kita x perlu declare lagi. Hmm, rugi la kalau x declare, yg muslim at least nak rebate Zakat. 
  • Subsidi yuran taska- menaikkan kelayakan untuk yg bergaji RM3000-5000, subsidi yuran taska sektor awam RM180.
  • Pelepasan Cukai Golongan Sederhana (Gaji max RM8000 sebulan) - pelepasan cukai khas RM2000 bagi pendapatan tahun 2013 - Yeay!!!
  • Kakitangan Kerajaan - penambahbaikan 81 skim perkhidmatan - details pls??
  • BONUS kakitangan Kerajaan
    • Pesara - RM250
    • Yang masih bekerja - setengah bulan gaji, min RM500. - Alhamdulillah

SISWAZAH/ BELIA
  • Baucer Buku 1Malaysia RM250 diteruskan
  • MyBrain15 - pembiayaan yuran pasca siswazah diteruskan. Bagus ni..
  • Tabung Usahawan Lepasan Siswazah - 50 Juta dana pinjaman mudah sehingga RM500k di bawah SME, dengan kadar faedah 4%
  • Pinjaman Latihan Kemahiran - RM330 juta dana pinjaman untuk belia lepasan SPM mengikuti kursus kemahiran. Dibawah Perbadanan Tabung Perbadanan Kemahiran, Kem. Sumber Manusia
  • Jururawat -tambahan 6800 pekerja seluruh negara. Bakal graduan nursing, good news

HARTANAH 
  • RPGT dikaji semula. Pelupusan dalam masa 3 tahun, RPGT naik kepada 30%, 4 tahun 20%, 5 tahun 15%. Tahun ke-6, tidak dikenakan RPGT. So, sapa2 property investor klu nak jual dalam masa 3-5 years kena fikir byk kali. So, boleh kurangkan pembelian mereka2 yg beli rumah untuk jualan. 
  • Ketelusan pemaju. Pemaju perlu pamer secara terperinci 
    • harga jualan
    • manfaat dan insentif seperti yuran guaman, duti setem, perjanjian jual beli (S&P), rebat tunai dan hadiah
  • Program Perumaha Rakyat di bawah JPN - 
      • Program Perumahan Rakyat Disewa  
      • Program Perumahan Rakyat Bersepadu
  • PR1MA - rumah dengan 20% rendah harga pasaran
  • SPNB -
    • Rumah Mampu Milik
    • Rumah Idaman Rakyat
    • Rumah Mesra Rakyat (RM45k - 65k) 
  • MyHome, Skim Perumahan Mampu Milik- dalam satu projek perumahan, 20% rumah kos rendah (RM45k, 800kps) , 20% kos sederhana (RM170k, 1000kps). Terbuka kepada pembeli rumah Pertama, max pendapatan isi rumah - kos rendah RM3000, kos sederhana RM6000. Tak aci, kami yg pendapatan sederhana sentiasa terkeluar daripada skala...

Habiss. Itu sahaja yang dapat saya highlightkan. Sila kawan-kawan rujuk sendiri kenyataan Bajet 2014 di sini Bajet 2014 Malaysia. Nasihat saya pada semua rakyat Malaysia, samada bajet kali ini cukup atau tidak cukup baik pada kita, sama-samalah kita AMBIL TAHU dan GUNAKAN lah bantuan dan fasiliti yang Kerajaan bagi sepenuhnya. Masalah pada hari, ramai dikalangan rakyat tak ambil cakna dan tak tahu hak mereka. Moh kita, AMBIL TAHU dan GUNAKAN hak kita, kalau tidak kita kena jual.. ;)

Comments