Friday, 11 October 2013

Scarlet Fever - A new challenge to share

Salam.

Alhamdulillah, daripada bulan April, anak-anak bertiga saya semua sihat. Hari Ahad, 6 Oct 2013 saya ke Batu Pahat untuk Majlis Konvo adik. Hanya yg kecil saya bawa. Balik rumah, si abang demam. Terus riau rasanya. Abang jarang demam. Then, nampak kat muka dia mcm ada bintik-bintik, tapi bila sentuh tak rasa.

1 hari dia demam, then ok. Tapi, badan dia naik rashes or bintik2 halus seluruh badan. Tak merah, tapi berbintik satu badan kecuali muka. Sangat obvious pada jari-jari tangan dan kaki. Something like this -
So saya bawa dia ke klinik, Dr check and cakap tak demam dan diagnose that mungkin anak saya ALAHAN. Saya mengiakan saja walau pun anak saya ni makan apa pun biasanya tak ada masalah. Dr bagi ubat selesema/ alahan, ubat mmg selalu sama untuk selesema, alahan atau gatal2 kan.

2 hari, tiada perubahan, anak saya masih menggaru2. So saya bawa ke Dr Pakar Kanak2 di Az Zahra Bangi. Saya bagitahu anak saya demam, kebah dan naik rashes terus Dr. cakap " Haa, ini Scarlet fever nie..", Terdiam saya, apa pulak tu. In short, Dr saya kata :
- tanda2nya - kulit naik rashes halus, seperti kertas pasir- sand papery
- mudah dijangkiti dikalangan budak-budak sekolah
- boleh berjangkit jika berkongsi air minuman
- jika tidak dirawat dengan antibiotik boleh menjadikan komplikasi kebocoran pada injap jantung atau buah pinggang!! Tanda2 jika bakteria dah serang buah pinggang ialah kencing menjadi seperti air teh atau coke. So, awasi kencing anak anda dalam keadaan seperti ini.

So, anak saya dah diberi antibiotik. Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-2, maksudnya dah 4 dos antibiotik - 1x pagi, 1x petang, bintik2 nampak nak beransur surut. Dr kata nanti kulit tu akan menggelupas. Semoga kembali ke sediakala dalam seminggu ini.

Saya nak kongsikan, anda boleh dapat maklumat tentang Scarlet Fever disini -
babycenter.com.my-scarlet-fever atau daripada US CDC (Disease Control) http://www.cdc.gov/features/scarletfever/
Jangan lupa, setiap kali mencari maklumat pastikan sumber yang anda perolehi boleh dipercayai. Bila tentang penyakit berjangkit, CDC.

Ok la, jangan lupa sama-sama kita berikan perhatian pada keluarga. Saya doakan anda semua serta ahli keluarga sihat walafiat. Hari Raya korban tinggal 2 hari lagi. Masih sempat, jom kita sumbangkan sebahagian duit kita untuk korban sembelihan, moga dengan itu Allah Yang Maha Berkuasa mengangkat doa kita. Amin..

No comments:

Post a Comment