Resepi Super Easy - Ayam Goreng Berempah Jintan

Salam Maal Hijrah semua.

Saya nak berkongsi dengan kawan2 semua tentang macamana saya jumpa resepi Ayam Goreng Berempah Jintan ni. Tahun 2009, saya ke Beijing menghadiri mesyuarat. Beijing ada banyak restoran Halal, cuma kadang-kadang masalah bahasa, so kita tunjuk je gambar atau menu yg meja org lain tgh makan. ;P

Saya dan kawan-kawan selalu order menu daging goreng, yg dihiris nipis, goreng tak berapa garing, dengan cili kering dan rempah. SEDAPPP sangat. balik Malaysia saya wonder sendiri, apa rempah yg diguna. Saya fikir mgkin BIJAN. Saya ke restoran Cina Muslim di Bangi pun tak jumpa masakan yang sama.


See the spices.. masa makan x sedar, tapi taste superb..

Satu hari, macam biasa Ibu berkerja ini tanya kawan2, apa masakan yang mudah dan sedap untuk family selain ayam/ikan/daging goreng, masak merah, masak kicap, masak lemak? Asam pedas saya mmg x pandai and anak2 x suka pedas. So, kawan saya suggest Ayam Goreng Berempah. Saya cakap kat rumah tak ada bahan spt serai, daun kari etc. Then kawan saya share resepi yg super mudah ini, saya telah cuba dan Alhamdulillah En. Hubby yang dulu favorite ayam goreng kunyit dan KFC telah tukar kepada  Ayam Goreng Berempah Jintan ini. Ayam berempah ini x banyak rempah macam yg lain, tapi rasanya, sedapp..

Dari situ baru saya tahu, bau rempah yg saya cari2 selama ni adalah bau JINTAN. Alhamdulillah, syukur sangat. So, resepi sama kat bawah ni nanti, kalau digunakan untuk daging goreng kunyit ala Kelantan, lagi sedap. kurangkan kunyit, lebihkan jintan.

Ini rupa JINTAN, dari mata kasar, jintan putih lebih kurus dan jintan manis merengkok mcm ulat. Jintan Hitam kat sebelah ni tak berkaitan.


 Resepi mudahnya (ini anggaran sahaja, kawan2 boleh buat campuran sendiri)-


Ayam 7 ketul

Garam dan Kunyit - secukup rasa. Bagi yang x pasti , boleh cuba garam 1/3 sudu teh. Kunyit debu - pun 1/3 sudu teh. Jgn banyak sangat, nanti bau kunyit akan clash dengan bau jintan.

Serbuk Jintan manis dan Jintan putih - 1 sudu teh setiap satu --> saya hanya guna kedua jintan untuk masakan ini, so saya beli 1 peket each, blend kering dan masukkan dalam bekas. kalau yg dah blend sekali macam yang saya buat, masukkan 1-11/2 sudu besar.

Gaulkan semua sekali, perapkan sebentar dalam peti sejuk dalam 5-10 minit, then goreng. Pasti SEDAPP. Nanti ada kelapangan saya snap foto dan share. 

Selamat Mencuba!!



Comments