Salam,
Hari ini, selepas mengaji quran yang ada terjemahan, terdetik di hati saya betapa Al Quran adalah satu naskah yang bercerita tentang kekuasaan ALLAH, keputusan-keputusan ALLAH dan peristiwa yang berlaku zaman Nabi Muhammad, Rasulullah SAW, serta zaman rasul-rasul sebelumnya. Bila membacanya, betapa saya merasakan saya hidup dalam alpa, kerana di usia 30-an baru saya mula membaca terjemahan Al Quran dengan niat untuk memahami.
Sewaktu kecil kita selalu ditekankan untuk khatam mengaji semata-mata? Jarang sekali sesiapa mengambil peluang untuk bercerita tentang apa yang kita lagukan dalam bacaan Quran kita. Kita seronok bercerita kita khatam Quran 3x, 4x.. Tapi maknanya kosong..
KINI, budaya telah berubah. makin ramai yang menekankan pengertiaan bacaan Al Quran. Kerana dengan memahami, kita lebih mendekatkan diri dengan ALLAH SWT dan insyallah lebih khusyuk dalam solat. Marilah sama-sama kita pupuk budaya mendalami makna AL Quran dalam keluarga kita, mulai dengan anak-anak kita.. Bolehkah kita membuat perubahan itu? Mampukah kita?
Insyaallah, marilah kita bermula dengan diri kita, ahli keluarga kita dan mereka di sekeliling kita. Semoga kitaran ini akan berkembang biak dan memelihara kehidupan kita. Ya ALLAH, berkatilah kami, ampunkan segala dosa kami..
Saya malu untuk mengatakan, saya sememangnya tidak layak untuk menulis tentang terjemahan Al-Quran, dari segi akademik mahupun pengalaman, namun apa yang saya kongsikan adalah petikan daripada rujukan yang dipercayai, bukan olahan sendiri, ikhlas untuk kawan-kawan semua. Hari ini saya kongsikan terjemahan Surah Al Fatihah. Kalau nak mudah, dengarkan lagu dendangan anak-anak penyanyi Nora..
Surah ini adalah surah pembuka. Dalam Al Quran Tajwid dan Terjemahan Resam Uthmani Bahasa Melayu, disebutkan berhubung surah ini bahawa -
Rasulullah SAQ bersabda " Alhamdulillahi Rabbil 'alamin adalah induk Al-Quran, induk Kitab, tujuh ayat Al Matsani (tujuh ayat yang berulang-ulang, kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat), dan AL Quran yang mulia.
Dari sahabat Jabir r.a menuturkan, bahawasanya Rasulullah saw, bersabda, "Wahai Jabir bin Abdullah, sudikah engkau untuk aku beritahukan surah terbaik dalam Al-Quran? Aku pun menjawab, "Baik". Beliau saw bersabda, "Alhamdulillahi Rabbil 'alamim, hingga ayat terakhir." (HR. Ahmad dengan sanad yang hasan, Majma' az-Zawaid, 6/310).
Terjemahan Surah Al Fatihah |
Amin..
Comments
Post a Comment