Monday, 23 December 2013

Anakku Bersunat @ Berkhatan, 7 tahun

Salam,

Cuti sekolah ini, saya dan En. Hubby telah berniat untuk mengkhatankan anak kami yang sulung. Baru berumur 7 tahun, tapi badannya agak 'sihat'. Lagi pula sekarang ramai yang bersunat pada usia muda. Seingat saya, dulu2 abang saya bersunat masa berumur 12 tahun kot. Anak saya ni pun bila diberitahu, memang tak sabar. Dia cakap sunat tak sakit, macam kena gigit semua saja. Siapa yang cakap? Upin dan Ipin yang cakap. Hehehe, bagus jugak..


Tempoh Jagaan dan Kilinik 
Saya telah tanya2 pada kawan2 di pejabat yang ada pengalaman. Katanya 5 hari cukup untuk menjaga anak yg berkhatan. So, saya ambil cuti 3 hari, bersambung dengan cuti Sabtu Ahad. Anak ini kami sunatkan pada hari Sabtu, jam 2 petang. Sebenarnya saya lebih selesa jika dibuat pagi kerana biasanya orang kata waktu tengahari, salur darah kembang, kalau luka darah banyak keluar. Tapi oleh kerana slot pagi dah penuh di Klinik yang kami telah pilih, maka terpaksa ambil slot petang. Kami memilih untuk pergi ke klinik yang banyak ulasan kata Dr nya credible, berbanding klinik yang tiadak biasa kami pergi. Kami ke Klinik Penawar di Taman Kajang Impian, Bangi.

Pengalaman Menjaga
Semasa di Klinik memang tiada masalah sebab di bius. Tetapi dalam kereta menghala balik, anak saya dah start merengek sakit. Sampai dirumah nak naik katil, dia dah menangis, sakit katanya sampai genggam2 tangan tahan sakit. Panik jugak saya, tapi En. Hubby gelak2 jer.. Orang lelaki.. 

Dr bagi ubat makan - tahan sakit dan antibiotik dan ubat sapu. Semua kami bagi ikut arahan kecuali ubat tahan sakit. Dah dia tak sakit, saya tak bagilah. Betulke yer??? Hmm, betul kot.

So dia baring jer, pakai kain pelekat yang diikat. Oleh kerana tiada tempat untuk gantung kain, saya letakkan katil single di tepi tingkap, dan ikat tali di hujung kain ke grill rumah. senget la, tapi cukup untuk gantung kain agar tak kena pada 'bird' nya. :p


Kalau cerita orang lain hari ke-3 dah ok, anak saya ni lain pulak. Hari ke-3 masih jalan terkangkang sebab takut kain kena anunya. Bila nak cuci, menjerit2.. Saya nak cuci sebab ada nanah sikit2. Baru pegang tepi dia dah jerit. Aduhh, payah.. Saya risau tengok anunya, macam ada nanah. En. Hubby kata itu biasa.. Hm, orang lelaki..

Mandi pulak, hari pertama x mandi, saya lapkan saja badanyya. Dia takut benar kena air. Hari seterusnya, mandi macam biasa tapi tutup anu dengan cawan. Hehehe, ayah dia yang ajar dia, saya ikut saja.

'Bird'nya perlu dicuci. Siram perlahan2 dengan air suam. Kotoran atau nanah akan turun dengan sendirinya. Kalau kita buang dengan putik kapas lebih sakit. Then, lap kering2. Sebelum pakai kain, sapukan ubat yang diberi Dr.

Semalam, keluar darah dari tempat jahitan. Mungkin sebab anakku banyak bergerak. Risau jugak, tapi En. Hubby kata 'biasa la tu.. Hm, orang lelaki..

Alhamdulillah, nampak 'bird' anakku nampak tak bengkak lagi. Anak ibu, semoga cepat sembuh. Lagi 9 hari sekolah akan bermula. Sedikit terlewat, namun semoga semuanya selamat. Pengajaran bagi saya, jangan plan for the best, but for the worst..hehehe.. Rasa saya, tempoh 1 bulan sebelum sekolah bermula lebih sesuai untuk anak bersunat, sembuh dan boleh pakai seluar dengan selesa.. 


KAEDAH BERSUNAT/ BERKHATAN 
Setahu saya ada 3 kaedah berkhatan, tradisional, konvensional dan modern. 


KAEDAH TRADISIONAL
Kaedah berkhatan tradisional biasanya dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan bius. Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas.
Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit. Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.
Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah tradisional juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.
KAEDAH KONVENSIONAL
Penggunaan bius telah digunakan bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan. Kaedah konvensional yang lebih murah ialah dengan menggunakan pisau (blade) dan gunting. Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan. Kaedah lain yang lebih mahal ialah dengan menggunakan alat yang dinamakan ‘Cautery’ bagi menggantikan penggunaan pisau dan gunting. Alat ini sering disalah erti sebagai laser.
Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan. Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.
KAEDAH MODEN
Kaedah rawatan moden adalah dengan menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau ‘Clamp’ bagi menggantikan teknik potong dan jahitan. Kaedah ini adalah cepat kerana tidak memerlukan jahitan. Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan ‘Clamp’.
Walaubagaimanapun, ada terdapat sedikit masalah terpencil terhadap teknik ‘Clamp’. Kebanyakan pesakit akan dapat menanggalkan ‘Clamp’ dengan mudah secara sendiri, namun ada sebahagian kecil yang menghadapi masalah ketika proses penanggalan. Sekiranya penyembuhan luka tidak berlaku dengan sempurna, ketika proses membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit kerana berlaku sedikit pendarahan.




16 comments:

  1. Salam kenal....anak awak guna kaedah yg mana satu? 9 hari tu dah sembuh betul2 ke....

    ReplyDelete
  2. Sorry x perasan ada msg. anak saya guna kaedah laser..

    ReplyDelete
  3. Sudah hampir 2 minggu guna kaedah can of clamp.. yg Macam meriam tu.. masih belum baik kok..

    ReplyDelete
  4. Owhh, lama juga masa perlu untuk sembuh ya. Anak saya, dalam 2 minggu alhamdulillah dah boleh pakai seluar..

    ReplyDelete
  5. Ramai sekarang yang guna cara ala-ala laser tue.
    Tapi nak elak sakit dan pendarahan banyak boleh ambil klamp tue. Tp rasa macam leceh pula nak kencing kan.

    ReplyDelete
  6. Jahit & Clamp pada pendapat saya lagi better jahit, sebab ape??
    1. sakit akan sekali sahaja, sakit sunat dah tentu rasa, kemudian nanti nak buka clamp kebiasaan nya sakit untuk kali kedua akan budak hadapi.
    2. dari segi tumbesaran dan 'masa hadapan'.
    2.1. sedia maklum untuk kita semua bila jahit M.A atau doc akan ikat salur pendarahan, bak kata orang lama bekas jahitan tu lah buatkan "terasa" bila digunakan nanti,
    2.2. clamp pula akan membuatkan 'helmet' tak begitu cantik, bahasa mudahnya macam kepala kura-kura, berbanding jahit yang akan ada lekuk dan bentuk. pembesaran pula boleh ditakrifkan 'masa depan gelap' and 'kesian kat budak tu besar nanti'.

    sumber MA hospital yang otai dalam berkhatan

    ReplyDelete
  7. Ank sy snat guna clamp dh hmpir 2 mggu luka dia kering tapi keras .knp ya ada yg kta guna kapas utk spu x elok sbb kps akn melekat kt luka..sy gunakan kaps sy takut d sebab kn kpas tu dia x sembuh lg..ada sesiapa yg tahu cm mna luka tak sembuh d sebabkn kapas.

    ReplyDelete
  8. Ank sy snat guna clamp dh hmpir 2 mggu luka dia kering tapi keras .knp ya ada yg kta guna kapas utk spu x elok sbb kps akn melekat kt luka..sy gunakan kaps sy takut d sebab kn kpas tu dia x sembuh lg..ada sesiapa yg tahu cm mna luka tak sembuh d sebabkn kapas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ada pengalaman anak bersunat cara klamp. Kalau sampai mengganggu dan merisaukan, pergi klinik kesihatan la tuan.. demi kesihatan anak2

      Delete
  9. Alhamdulillah, anak saya dah selamat berkhatan semalam. Sangat excited dan berani, masa bersunat semua puji sebagai peserta contoh (khatan perdana). Sekali dia tengok dia punya 'bird', terus muka pucat dan cuak. Dia tak berani tengok dia punya tu. Sabo je la. Masih ada darah keluar sampai malam tadi..saya dah risau, tapi ayahnya kata tu biasalaa..(sama ayat dengan suami Puan):)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..ank saye baru selesai berkhatan pg td....cara same spt ank puan..tp saye x dpt ubat sapu..hanye ubt mkn je...n saye x brp tahu cara menjage ank2 yg sunat berjahit...coz ank x bg usik langsung..mandi semue x nk...camne saye nk bersihkn waktu die membuang air kecil..saye lihat masih ade sedikit kesan darah..ade sape2 boleh membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pandai sangat. Masa jaga anak saya, saya hanya cucur air perlahan-lahan, lama sedikit dengan harapan nanti darah tu turun bersama air cucian. Anak saya pun x bagi sentuh, tapi saya pujuk, cuci dengan putik kapas, longgarkan kapas di hujung, celup air suam dan sapu di kelilingg luka untuk bersihkan luka.

      Delete
  11. alhamdulillah..ank saye baru selesai berkhatan pg td....cara same spt ank puan..tp saye x dpt ubat sapu..hanye ubt mkn je...n saye x brp tahu cara menjage ank2 yg sunat berjahit...coz ank x bg usik langsung..mandi semue x nk...camne saye nk bersihkn waktu die membuang air kecil..saye lihat masih ade sedikit kesan darah..ade sape2 boleh membantu..

    ReplyDelete
  12. Anak saya bersunat dah 2week, guna clamp...mmg kesian, sakit 2x dan tak sembuh bgkak lagi...
    Saya x recommend lah. Better cara lama, senang dan cpt sembuh..

    ReplyDelete
  13. Ni pengalaman saya jaga anak lepas berkhatan / bersunat. Boleh klik link di bawah.

    Jaga anak berkhatan / bersunat

    ReplyDelete