Sunday, 8 December 2013

Bercuti di Langkawi - Cuti Sekolah Nov 2013

Salam...

Cuti sekolah menjelma lagi. Saya sekeluarga telah rancang percutian ke Langkawi dengan AirAsia. Saya dah beli tiket awal tahun hari tu, dapat tiket murah la, tiket sahaja tak masuk bagasi and makan RM275 untuk 5 orang pergi-balik. Murah la kan. Camana dapat beli tiket murah? TIPs nya ialah kalau AirAsia buat jualan Free Seat contoh 20 haribulan, pukul 11.45pm /tengah malam 19 haribulan, terus masuk untuk book. Memang susah, sebab ramai org cuba log in masa tu. Tapi, usaha tangga kejayaan. Saya sampai tersengguk2 kat laptop sebab asyik loading jer.. queu lagi.. akhirnya jam 4am 20 haribulan, saya terjaga dan cuba masuk AirAsia, dapat la harga ni. ;)

Dataran Lang.. Sunset disini sangat cantik. Tapi sayang, malam x pasang lampu. Memang x nampak..


Okey, tentang percutian langkawi kali ini -

PENGANGKUTAN
Kami sewa kereta. As usual, oleh kerana musim cuti sekolah, harga semua naik. kami dapat sewa MyVi selama 4 hari 3 malam - RM300 dan deposit RM50. Ini bukan yang paling best offer pun. kawan2 boleh dapat yg lagi baik. Kalau bukan cuti sekolah, RM80 sehari pun boleh dapat Vios. Tapi pesan saya, MyVi kecik bonetnya, nak letak barang pun susah. So, kalau yg plan nak beli barang banyak, sewalah Vios/City/ Proton..

ITINERARY/ JADUAL PERJALANAN
Untuk rujukan bagi yang akan ke Langkawi, ini itinerary saya. Mungkin sesuai untuk kawan2, mungkin tak terpulang..

1st day
11am
Sampai Langkawi

12am
Ambil kereta MyVi

2.30pm
Underwater World
Tutup – 6.30pm
Feeding time– 2.30 – 3.30pm
Gov rate – Adult RM22x2, Kids RM11x3

The Zon
Beli choc, pepero
2pm
Check in Bayview Hotel


HIG Kedai, HIG Kompleks
Dekat hotel
Malam
Relax and Dinner

2nd  day

Cable Car
(Klu hujan, ke MARDI Agrotech)
Dewasa RM15, Anak RM5
Total :RM45
Waktu – 9.30 am– 7pm

Oriental village 6D
RM15X4= RM60
Package Skycab and 6D – Adult RM30, child RM20

Singgah telaga harbour

Lunch



Shopping HIG/ Idaman Suri


Beli bilis di Kuah
RM36/kg
Dinner

Restoran Hj. Ramli, Cenang 012-4432050
Restoren Wan Thai 04-9661214
3rd  day

Island Hopping- Jeti sebelah Awana Porto Malai
Adult RM 35, Kids RM20
Private boat RM200

Lunch


Shopping HIG/ Idaman Suri


Dinner

4th  day

Mandi kolam

1pm
Check out


Okey, ini hanya jadual, lepas ni saya kongsikan pengalaman dan Tips ya..

PENGINAPAN
Hmm, kali ni saya stayed di pekan Kuah. Sebenarnya saya tak biasa sanagt dengan Langkawi. Sebelum ini saya pernah stay di area Pantai Cenang. Tapi oleh sebab cuti sekolah hotel semua mahal, saya terpaksa pilih Hotel Bayview di Kuah. Hotel ni taklah best sangat, tapi bersih. penting tuu, dan kami diberi bilik yang mengadap laut. Huuuh, cantik tul viewnya.. RM260/malam, agak mahal jugaklah sebenarnya. 

  • Breakfast - ok2 jer
  • Bilik - besar, katil pun besar, tapi kat toilet bowl tak ada wayar air. FAIL!! tak dapat nak membuang dengan selesa. Tapi ada disediakan cebok.
  • Swimming pool - untuk dewasa ok, untuk budak2 alahai sangat la keciknya..
  • WiFi - cakap jer kat bilik ada, signal very2 low, x dapat connect pun. FAIL!!
  • Kedai makan - x banyak di pekan Kuah. Sebelah hotel ni ada restoren Thai. Tapi mahal sikit la, sepinggan nasi goreng RM12. Gerai2 cendol ada la. HIG Kompleks dekat je dgn Bayview Hotel, depan HIG Kompleks ada kedai makan jual pasemboq dan nasi ayam. Nasi ayam situ sedap..

So, saya rasa stay di Pantai Cenang lebih best, mudah nak mandi pantai, banyak kedai makan, dan malam pun happening. Kedai sepanjang jalan.. Abaikan bar2 yg ada disitu.

HIG store, HIG Kompleks dan Idaman Suri - 


Yang mana satu the best? Hmm, saya pergi ke-3 tempat few times dalam trip kali ini. First time tinjau2 barang dan harga, next trip baru beli. Saya perhatikan, HIG store semakin kecil kedainya, barang pun dah tak banyak. Logik la, diorang fokus kepada HIG Kompleks sekarang. So, tak payah la ke HIG yg kedai, pan ikan yg boleh guna atas bawah pun takda. Tapi, not sure why, choc Herseys tu kat HIG kedai RM10, kat HIG Kompleks dan kedai2 lain semua RM12. Diluar kedai HIG ada banyak kotak2, mungkin untuk kemudahan pembeli bungkus kot. 

Idaman Suri pulak, choc dan barang2 kaca cama jer macam HIG, malah ada yg lagi mahal dari HIG. Tapi Idaman Suri ada something yg takda di HIG. Haaa, apa tu? Pinggan mangkuk melamine putih. Pinggan hidangan bentuk ikan, tempat letak buah dan macam2 la. Cantik, modern design.. Selain tu, saya beli jugak tuala dan set comforter nipis di Idaman Suri. Di HIG ada jugak tapi mungkin sebab susunan dia jauh, tak rasa nak pergi jenguk.. So, berbaloi la pergi Idaman Suri. Lagi satu, kat Idaman Suri xda sediakan kotak.


CHOCOLATE
Kalau kawan2 mencari Pepero, pergi la kat The Zon dan kedai2 yg bersambung tu. Kat situ ada 3 jenis - merah (biasa), hijau (kacang n the best kot) dan kuning (choc filled inside). Kat kedai lain, klu ada pun yg merah jer. HIG and Idaman Suri langsung xda.

UNDERWATER WORLD LANGKAWI (UWL)

Ok, my last trip here was in 2008. Banyak komen dekat blog cakap not worth it to visit Underwater World Langkawi, baik pergi Aquaria. Anyhow, saya tetap pergi, sebab anak2 suka tgk ikan. So, first thing kami buat sebaik ambil kereta di airport ialah ke  Underwater World Langkawi. Saya dah survey feeding time, so saya rasa kalau masuk pukul 2pm, just nice. Sebelum tu kami pusing2 di The Zon. kalau ada yg tak tahu, The Zon dan few other shop lot ni satu bangunan dengan UWL.

After masuk, saya rasa worth it saya ke sini. Memang tak ada banyak pembaharuan, tapi at least the fish, the penguins and sea lion are healthy. Tak macam kat Zoo Negara yg penguin punya tempat penuh dengan tahi. Sea lion paling best, sebab boleh tgk dari glass wall, rasa dekat sangat. Dia pun friendly. 

TIPS - Kalau ada yg tak tahu, anggota kerajaan dapat extra discount tau. Adult RM22, Kids RM11, below 3 FOC. Pergi, jangan tak pergi.. Tapi tak perlu bajet lama2, kat sini 1-1.5 jam dah memadai.


KERETA KABEL, CINEMA 6D & ORIENTAL VILLAGE
Semua tahu kan, stesen SkyCab atau kereta kabel duduk dalam Oriental Village. Oriental Village ni menarik juga, ada - 
  • Deretan kedai2 menjual topi, beg dan baju
  • Kolam ikan, jambatan gantung kecil, fish feeding RM1
  • Taman permainan
  • Poney ride, kereta kuda
  • 6D Cinema - RM15 adult, RM10 kids
  • Lastly, stesen kereta kabel



Aktiviti Fish Feeding, 1 bekas RM1 jer. anak2 suka sgt..

  TIPS - Bagi yg nak naik kereta kabel, pls datang awal pagi. Start buka 9.30am. Kalau lambat, kawan2 kena beratur yg sangat2 panjang. Barisan tu pulak berlingkar2.. boleh imagine tak? Buang masa aje. kat atas stesen sana ada kedai yang menjual sikit cenderamata dan makanan. Yang bagusnya, makanan di atas sana x mahal sangat pun. Aiskrim RM4, Maggi Cup RM3.50, Burger RM4. Logik lagi la. 

Kedai di hentian puncak gunung
Untuk 6D Cinema, show hanya ambil masa 10 min. Kita duduk atas kerusi yang tinggi sikit, pakai spek 3D then kerusi akan bergerak2. Kami tgk cerita ala2 roller coaster. So rasa mcm menjunam. Ok la, tp x la hebat sangat. 

ISLAND HOPPING - PULAU DAYANG BUNTING, EAGLE FEEDING, PULAU BERAS BASAH
Ada banyak tempat kita boleh pergi untuk sertai island hopping ni. Di kawasan Pantai Cenang boleh, dari Kuah pun boleh. Kalau dari Kuah, naik bot di Jetty Point. Mungkin tambang mahal sikit sebab ia lebih jauh. Saya naik di Cenang, jeti sebelum Hotel Resort World atau dulu namanya Awana Porto Malai. Sebelah jeti ni ada resort kecil, TM Resort. Jalan masuk ke jeti ni kecil saja. 




Cantikkan pemandangan, indah, tenang, menyejukkan mata..


Jeti Pulau Dayang Bunting. Jalan trek about 500m untuk ke tasik Dayang Bunting


    Bagi yang tak pandai berenang atau anak2, ini je tempat mandinya di Tasik Dayang Bunting.. setenot jer..












TIPS -
  • Trip ni kurang sesuai untuk warga emas atau yang kurang upaya. Perlu naik tangga untuk ke Tasik Dayang Bunting yang sgt curam. Tak ada tempat duduk. Ramai pakcik2 duduk atas tangga saja. Kesian mereka.
  • Jangan lupa pakai sun block. Saya guna liquid SunPlay, gerenti x hitam.
  • Datang awal pagi supaya x panas dan kurang ramai orang. Kalau ramai, sesak, rimas. nak lagi best, charter satu bot la. hehe
  • Beli makanan siap2 untuk makan dkt Pulau Beras Basah. Makanan letak dalam beg.
  • Jgn bawa barang dalam beg plastik. Monyet2 di Pulau Dayang Bunting banyak dan akan usha beg plastik. Diorang akan gigit sbb fikir ada makanan. Monyet2..
  • Anak2 boleh terus pakai baju mandi. Kalau yg malu, pakai la baju lain kat luar. Mudah bila nak mandi.

10 comments:

  1. Tq for all the tip..sgt mmbntu buat sy yg 1st time nk pg gn ank2 kcl ni..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya...byk info...nak pegi cuti sekolah jun nanti

    ReplyDelete
  3. Airport ke hotel langkawi brape tmbang

    ReplyDelete
  4. Norayuni, sorry i'm not sure sbb saya terus pick up kereta sewa di luar airport.

    ReplyDelete
  5. kat kuah ade tempat makan..kebykkan area pinggir2 pekan.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Mintak maaf tuan blog. Nak tumpang iklan.
    Bagi bakal - bakal pelancong Pulau Langkawi yang ingin menjalankan salah satu aktiviti wajib di Pulau Langkawi iaitu Mangrove Tour di Kilim Geoforest park. Saya ingin menjemput anda ke http://thelangkawians.blogspot.com/?m=1 untuk info lanjut mengenai pakej dan harga. Boleh jugak terus whatsapp 0134298299. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidayah, nak iklan boleh, tapi klu tuan blog ke langkawi kena bagi complimentary Mangrove Tour, boleh? hihihi

      Delete
  7. Wah Banyak tip2 menarik yang di kongsi di sini.
    Datang ke langkawi lagi nanti.
    boleh sewa kereta dari kami

    http://musecar.com/

    ReplyDelete