Omega 3, Omega 6, DHA, ARA, AA

Salam.. 

Hmm, as a mother of 3 with 2 still taking milk formula, membuat pilihan susu mana yang paling baik dan affordable sangat sukar. Jenama makin bertambah kian hari, iklan pun menarik, harga pulak makin naik dari tahun ke tahun. Kalau tengok, label tin susu banyak betul tulisan. Mustahil la nak tengok satu-satu. Honestly saya beli susu anak berdasarkan trust pada jenama yang saya dah biasa. 

Saya masih ingat, waktu kecil kami minum susu Nespray, then sometime tukar kepada Fernleaf. Waktu tu Dumex dah ada tapi macam tak bagus sangat. 

Sekarang, saya sendiri pilih susu untuk anak-anak, saya agak2 je mana yang baik. Orang cakap susu Enfalac/Enfagrow yang paling bagus, tapi harganya saya rasa mahal sangat. Lepas tu ada mainan. Buat apa bagi mainan, kurangkan la harga..

Yang menarik perhatian saya untuk beli ialah claim ada DHA, ARA, AA la, Omega 3, ada omega 6, dan macam-macam lagi yang saya tak tahu apa benda sebenarnya. Perasan tak, dulu semua makanan nak cakap ada Omega 3, sekarang semua berebut nak cakap produk ada DHA, ARA, macam2 la. Setelah di google, baru saya tahu beberapa point penting, meh saya kongsikan - 


TAHUKAH ANDA...

Omega-3 fatty acids are considered essential fatty acids: They are necessary for human health but the body can’t make them -- you have to get them through food. It can be found in fish, such as salmon, tuna, and halibut, other seafood including algae and krill, some plants, and nut oils. Also known as polyunsaturated fatty acids (PUFAs).




Omega-3 fatty acids= polyunsaturated fatty acids (PUFAs) = EPA, DHA, ALA

  • Eicosapentaenoic acid (EPA)
  • Docosahexaenoic acid (DHA) 
  • Alpha- linoleic acid (ALA)

Ooo, baru tahu rupa-rupanya DHA, ALA memang ada secara semulajadi dalam ikan, haiwan dan tumbuhan. Sebab itu susu baby ditambah dengan minyak sayur (sebab lagi murag berbanding dari ikan), sebab dalam tu ada DHA, ARA etc. Ingatkan DHA tu something ynag hebat sangat.. Hm, macam-macam...

Saya ambil jalan mudah jer, tengok produk tinggi Kalsium, Protein, DHA/ARA/EPA tapi rendah gula. Haa, ni lagi satu hal. Jangan tertipu dgn produk yg cakap xda gula atau no sucrose. Cuba check, biasanya diorang ganti dengan High Fructose Glucose syrup. kalau x letak gula, susu tu akan rasa plain mcm susu kotak fresh milk tu. Susu anak kita manis kannn..Terukkan, menipu pengguna. 

Comments