Resepi Mushroom Soup - DIY, Mudah dan Simple.

Salam..
During my pregnancy, saya selalu terasa nak makan makanan yg masin2. Especially western food. Food with cheese, lasagna, muchroom soup, pasta etc. Tapi Mr Hubby and the kids tak suka these kind of foods. So nak pergi makan di mana2 jadi malas sebab nanti saya sorang je yg makan and then kena pergi kedai lain cari makan for Mr Hubby and the kids.

Sedikit cair dengan mushroom slice yg besar
So, during blog walking saya ternampak resepi mushroom soup, DIY. Its easy.. I tried with all bahan yg memang dah ada di rumah dan tadaaa, menjadi. So, here I share the recipe..
Lebih pekat dengan mushroom dikisar halus
Pekat, dengan chunky mushroom























Bahan-Bahan (Cukup untuk 6 orang makan)

  • 2 1/2 sudu butter
  • Bawang besar 1/2 biji, bawang putih 1 biji - cincang untuk tumis
  • 1/2 sudu lada hitam
  • Button Mushroom - 1/2 tin, cincang/dadu/slice (asingkan 2 bahagian). Ikut macamana anda suka.
  • Air - 2 gelas
  • Susu sejat - 1 gelas (kalau tak ada, susu segar pun boleh, so kurangkan amaun air di atas)
  • Kiub ayam - 1
  • Daging ayam, diadu kecil
  • 3 sudu besar tepung gandum (kalau tak ada, tepung jagung pun boleh, tp kurangkan amaun)
  • Garam - mengikut rasa
  • Parsley cincang - kalau ada 


CARA MASAK

  • Panaskan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan satu bhg mushroom yang dicincang. Masukkan lada hitam. Tumis sampai bawang nampak layu. 
  • Masukkan air, susu dan kiub ayam. Biarkan seketika, then tutup api dan bila dan sejuk sedikit, blend semua campuran tadi. 
  • Then masukkan balik campuran yg telah di blend dalam periuk dan panaskan semula. Masukkan daging ayam dan sebahagian lagi mushroom. Biarkan sampai ayam masak. Sekejap saja, sbb daging ayam dicincang. 
  • lepas tu masukkan tepung gandum, kacau pastikan soup jadi pekat sepertimana kita nak. Kalau nak pekat lagi tambah lagi tepung gandum, mengikut citarasa kita. 
  • Rasa dan jika perlu tambah garam sedikit. Kiub ayam dah bagi rasa masin. Untuk hiasan, taburkan parsley cincang. SIAP..
Mudahkan, tak sampai 1/2 jam dah masak. Kos pun sikit jer, berbanding nak beli mushroom soup dalam tin atau makan kat luar. Resepi ni pada saya boleh makan untuk 6-7 orang. Cicah roti masa panas-panas, uuuuuuhhh sedappp..

Hm, puas hati. ;)

Comments