Trip Singkat ke Genting Highland Themepark 2014

Salam.

Genting Highland, dah lama saya tak ke sini. My last trip was in 2010 rasanya.. Sebenarnya trip kali ini tidak lah dirancang sangat tapi juga bukan adhoc. After hectic schedule in the office ditambah pula dengan urusan family di kampung, badan rasa penat, kepala pun mcm berat je. Kesian juga dengan anak2 yang asyik memerap di rumah jer. 28 Mei 2014 ni dah start Cuti Sekolah, tapi nak balik kg pulak.. So, seems like we're not going for holiday masa cuti sekolah. balik kg jenguk mak-ayah and kenduri-kendara bukan holiday di mata anak2. Kalau duduk hotel, mandi swimming pool baru holiday. Boleh ke cam tu?? Hee, anak2 sekarang.. So that's why I decided to go for this short trip.

HOTEL
Hehehe, ini sebenarnya keluasan sebenar bilik, 19m2.
Kocik jo.. Tp bersih

Kami menginap di First World Hotel. Lebih dekat dengan apa-apa di GH berbanding Theme Park Hotel. Beli package murah jer, package bilik deluxe + breakfast dengan 2 tiket ke Snow World. Plus tax RM168 rasanya. Breakfast di First World Cafe was ok. Ada blogger cakap makan kat sini teruk, macam kat kantin. bilik agak kecil tapi worth it to me sbb hanya utk tidur 1 malam. ;) 
Room Tip from Agoda: Get Tower 1, higher floor and Rooms with valley view


Sunrise from our 'valley view' room. Sooo, nice..

Pemandangan sunset dan sunrise dari bilik kami yg dapat valley view memang cantik. nampak macam bukit-bukau di Genting tu berlapis-lapis..

Check in dan check out di Hotel ini sgt laa, mudah. Dengan syarat kita telah buat bayaran melalui Agoda atau apa-apa cara yang ada. Dengan booking no dan IC, terus ke Kiosk Check in dan daftar masuk disitu. Dont worry, ada ramai petugas berbaju merah akan membantu.Kiosk Check out lagi mudah, masukkan je kad kunci bilik, settle. 

Oleh sebab bilik Deluxe tiada makanan dalam peti sejuk so, check out sgt mudah. Jika kita ada bil untuk extra breakfast pun, terus bayar di kaunter tempat makan. 


AKTIVITI
Rumusan saya, x banyak aktiviti yg boleh dibuat di GH. Jadual saya singkat, tu pun rasa bosan. 

INDOOR THEME PARK
Train, pusing 3 round,
adalah bulatan sebesar roundabout. Bowink..
Tengahari kami ambil tiket 1-Day Unlimited Pass Indoor Theme Park, so main la sampai puas. (Fee ada di bawah) Malam sesudah dinner, kami ke Indoor Theme Park lagi. Berbanding siang, malam memang seronok sebab orang tak ramai. Anak saya boleh main Carousel tu sampai 4 round malam saja. Game dari satu ke satunya berdekatan sahaja. Ketinggian budak memang diorag strictly ikut. Just like any other theme park. So untuk saya susah sikit sbb apa yg Papa dan Abg boleh main, adiknya x boleh main. Mainan untuk si kecil 3 tahun saya pulak hanyalah Carousel, Paris Ride (kereta), Indeer, Flower ride, dan Junior Bumper car. 
Carousel, malam anak2 main sampai 4-5x.. hehehe
Memang la bosan. Ibu yang menunggu ni, tak main apa2. huuuuu.. Tapi, kalau tak ambil 1-Day Unlimited Pass, 1 game dah RM8. Kalau 4 game dah sama macam harga Unrlimited Pass. So pandai2 la. Oh ya, kami tertinggal Fun Land dari acara sebab dia di Tg.3. Yg lain semua di Tg. 1 dan 2. Masa pergi breakfast baru perasan Fun Land tu. Tapi Fun Land tu macam 1/4 daripada taman permainan di Tasik Titiwangsa jer..


SNOW HOUSE
Gambar dari luar dinding kaca
 Saya tak masuk snow house, x boleh sbb pregnant
Sebenarnya dia tak tanya pun, plus perut saya x lah besar sangat. Mula2 ingat tak nak bagitahu jer, tapi saya teringat masa di Beijing saya pernah jatuh sebab licin snow, so saya decide tak masuk. Takut kalau jatuh nanti lain pulak ceritanya. 

Tak berbaloi ambil risiko..The good part ialah, oleh kerana saya tak masuk, so saya tengok mereka daripada cermin kaca dan ambil gambar. Bila kamera lekat pada dinding kaca baru gambar  jelas. Tapi ok la, daripada nak bayar satu gambar RM50, gilo..


MAKAN/MINUM
Kami bertolak hari Sabtu lewat pagi dari Kajang, aim sampai around 12pm. Jalan ok, tapi kabus tebal sangat, walaupun waktu tu dah pukul 1 tengahari. Sesampai di sana, park kereta di First World Hotel parking lot, basement. Jgn lupa snap picture tiang yang terdekat dengan parking kereta kita, takut nanti lupa lokasinya. Parking free. 

Makan mahal ke tidak? Kawan2 decide sendiri. Harga lebih kurang begini:
Mineral water - RM2.50
Soft drink dlm tin - RM4.00
Cup corn - RM4.00
Nasi Ayam Marry Brown: RM12.00
Fish and Chip First World Lobby Cafe: RM18++
Roti Canai 0 First World Lobby Cafe:RM8.00

So, setakat air kotak, air mineral dengan jajan tu, bawak dari rumah jer la. Boleh jimat 50-60 ringgit kot..

Plan saya untuk jimatkan kos, kami singgah tapau lunch sebelum sampai di GH. Kami dinner di GH, di Marry brown. Ada agak banyak pilihan - Pizza Hut, KFC & McD (Genting Grand), Kenny Rogers & Marry brown (1st world plaza). 

Breakfast di First World Cafe
Tg.3, review di Agoda kata quite bad, macam kantin. For me, betul, memang it's a bit crowded plus bau asap yg kuat sedikit mengganggu. Sebab diorang goreng kue tiew fresh kat situ and I didnt see any fumehood. Boleh bayang kan? TAPI, the good ones are, 
  • Tak perlu bayar apa2 sebab dah inclusive dalam room package. Anak saya yg besar 8 saja kena tambah RM11.50, yg 6 tahun tak perlu bayar w/pun dekat entrance dia tulis 5-12 years kena bayar. Rasanya inilah the cheapest breakfast u can get in Genting..
  • Choice makanan agak banyak - breakfast cereals, roti, nasi lemak rendang ayam, nasi goreng, sausage, meat ball, wedges, porridge, kue tiew, pau, ommelette, buah potong dan kordial. Cuma, rasa tak sedap sgt la. Kalau biasa hidang roti dengan butter, kat sini majerin je la. To me such a choice dengan harga yg perlu dibayar memang worth it.
  • Satu yg x best- Entah kenapa kalau buffet jer, orang Msia suka sgt ambik makanan byk2 . Menimbun makanan atas meja, byk juga yg tak habis. Membazir betul. Dlm jam 9.30am, sesak betul cafe, semua orang mcm berebut ambil makanan. Masuk jam 10.15am mcm tu, dah lengang. Nak kue tiew tak payah beratur pun...;)

GENTING STRAWBERRY PARK
On the way balik, kami singgah di sini. Masuk free, boleh tgk tanaman ros dan lavender sekali. 

Yg peliknya, lavender tu nampak dari jauh cantik la, w/pun bunganya macam kurus2 jer tapi yg tak tahan , lavender kat sini takda bau.. Pelik kan? Saya expect adalah bau wangi.. Budak kat situ cakap sebab kat Genting ni cuaca x cukup sejuk. Apa guna lavender kalau takda bau?? 

Disini boleh la dikatakan menarik. Sebab free then ada pilihan kalau nak pluck sendiri strawberry. Anak2 suka. Saya suka makan aiskrim Msia strawberry. Sama macam kat Cameron Highland tu. Sini pun ada, satu RM2.50. Ok la. Kebanyakkan gerai disini semua penjual chinese. 

TIPS - kalau nak beli fridge magnet Genting yg cantik, tunggu masa lalu kedai yang sepanjang jalan nak keluar. kat situ cantik sikit. satu dalam $8. Dekat Theme Park boleh pulak fridge magnet langsung habis?? 


JADUAL
Ini jadual yang saya sediakan untuk trip kami, untuk rujukan kawan2 semua. Mungkin dapat membantu - 


Activity
When, How
What so special
Ticket price
Genting Highlands Strawberry Leisure Farm
Opposite the Mawar and Bunga Raya Apartments. The farm can easily be reached by taking left from the roundabout past Hotel Seri Malaysia, and following the road all the way to its end. 
Strawberries , lavender, roses mushrooms, herbs, flowers and hydroponic vegetables are also grown here . Pluck strawberries directly and paying by weight from 100gm onwards 
Free entry. Pluck strawberry RM8/100g
Meet the Robots
First World Plaza (Meet & Greet)
Time: 1pm, 9pm, 10pm

Times Square Stage
Time: 4pm, 6pm, 8pm

Robots of course. Boleh la lihat robot menari2 atas pentas. 

Juga ada Magic Show from time to time. Ok laa..

Hotel check-in
2.00 pm


LUNCH & PRAY
First World Indoor Theme Park
1-Day Unlimited Ride Pass
First World Indoor Theme Park

Thrill ride
·         4D Motion Master
Minimum height: 107cm
·      Euro Express
Minimum height: 122cm
·      Adult Bumper Car
Minimum height: 124cm

Children Ride (76-126/124 cm) 
·      Fun Land 
·      Junior Bumper Car
·      Carousel
·      Ride De Paris

Family ride (no height limit) 
·      Rio Float
·      Reindeer Cruiser
·      Mini Train
Dewasa RM32
Kids RM30
Family– RM109
(2 dewasa , 2 kids)

Unlimited re-entry to the park in a single day with your valid wristband.
DINNER & PRAY
Snowworld
Open at 9.30am
No camera/phone
Not for pregnant lady
Snowwwww


Dewasa RM30
Kids RM25
Ticket price is inclusive of jackets, boots & gloves. 


So...
Habis sudah sesi bercuti 1 hari kami di Genting Highland. Rasanya until outdoor park siap, kami takkan repeat trip ke sini. Apapun, setiap perjalanan memberi pengetahuan dan pengalaman. Sekian..

Comments

  1. tq untuk info -info... syiokk

    ReplyDelete
  2. hello, saye baca kat web, first world hotel banyak bende mistik jadi kat situ. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, except the small size room, it was a perfect stay for me :P

      Delete

Post a Comment