RESEPI DAGING GORENG KUNYIT: MUDAH, CEPAT & SEDAP


Salam..

Hari ini saya nak kongsikan atu resepi MUDAH, CEPAT dan SEDAP - Daging Goreng Berkunyit macam dalam gambar di atas. Ini gambar dalam kuali lagi tau.. Nampak pun macam SEDAP kann, memang sedap pun..

Cara masaknya mudah sahaja -

Daging - hiris nipis
Bawang besar (saya masak memang guna bawang besar, cik ma*** kan) - 1 biji, mayang
Bawang putih - 5-6 ulas - hiris atau pecahkan dengan lesung jer
Lada/ Cili - 2-5 biji mengikut citarasa
Sayur - Kacang panjang/ brocolli/ capsicum/bunga kobis
Kunyit debu, garam secukup rasa

Perap daging dengan kunyit debu dan garam. Lebih lama, lebih rasi rasanya. kalau nak cepat, tak perap pun takpe.

Masukkan daging yg diperap dalam kuali dan biarkan masak (tanpa minyak) hingga kering. Untuk
hangit, usik2 la sikit daging tu. TIPS: Api sederhana, jika api dapur terlalu kuat, daging akan tersentak dan menyebabkan daging liat. Bila dah kering air, samada ketepikan sikit daging atau angkat.

Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih dan lada/cili. Kalau orang Kelantan, diorang letak lada yang hijau tu. Istimewa lada hijau Kelantan ni sebab dia ada aroma yang tersendiri. Memang best. Kat pasar ada jual lada ni.

Bila semua bahan tumis dan agak garing dan naik bau, masukkan semula daging yang telah kering air tadi dan goreng semula. Jika ada sayur, masukkan sayur dan goreng lagi. Biasanya orang letak kacang panjang dan bunga kobis. Saya suka brocolli dan capsicum sebab cantik. Capsicum pulak bagi aroma yg pedas, tapi sebenarnya tak pedas. Terbaikk..

Masukkan garam dan sdikit gula jika mahu. Kalau rasa kurang kunyit, pun oleh tambah masa menggoreng. Bila dah nampak sebati, tutup api dan siap..

Mudah kan..
Lada hijau Kelantan.. best. Biasa juga dibuat solok lada..

Comments