Baby Baru, Pam Susu Baru - Spectra M1, Semangat Baru!!



Salam..

Lama saya tak menulis. bukan berehat, cuma terlalu sibuk menguruskan baby yang baru lahir serta 3 anak2 yg lain sementara cuti sekolah yang bakal berakhir lagi seminggu. Fuhh, sungguh mencabar. Biasanya masa cuti sekolah, saya dan suami bekerja dan hanya ambil cuti 2-3 hari untuk bawa anak berjalan2, so cabaran nya tak di rasai sangat. But this time, spending time with the kids selama sebulan cuti sekolah memang dasyat.. hihihi, banyak menguji kesabaran ku. Kadang2 tak terkejar rasanya, mana nak uruskan baby, nak sediakan breakfast and lunch untuk abg n kakak nya, kakak nak mandi, nak kencing, nak susu botol, nak towel, dan lagi dan lagi dan lagi... 

Itulah anak2 kan, bukan semua boleh dibuat sendiri, diorang masih kecil. Itupun syukur kerana abg sulung yang 8 tahun boleh diharap untuk pegang baby. At least untuk 10 minit. lepas la untuk nak menumis bawang, kikiki..

Post kali ini saya nak bercerita tentang baby saya yang sudah 3 bulan umurnya. Alhamdulillah setakat ini baby ku ini fully breastfeed. Disamping menyusu terus, saya dah pun mula buat simpanan stok susu. Not only sebab dah nak masuk kerja, tetapi juga sebab kalau tak diperah, breast akan bengkak and then bila baby nak menyusu, susu akan keluar laju menyebabkan baby saya mudah tersedak. So, from time to time bila terasa breast dah berat, saya akan perah susu. Mula2 saya perah guna tangan jer, penat sikit tapi ok la sebab belum beli pam.


Saya dah ada pam Spectra 3 sebenarnya yg dibeli masa anak kedua 6 tahun dulu. Tapi ia dah tak berapa elok sebab few times ada backflow. Dah servis tapi it didnt get to its original suction power. Sedih kann,, So saya dah berniat nak beli pam baru. Dah puas survey, saya suka pam Spectra M1. Kecil, cute macam Medela tapi murah. Saya memang a bajet Momma, hihii. So saya beli daripada onebabyworld. Its the best offer i can get now.

Dah banyak review done on breast pump so kawan2 baca sendiri la yer. Pada saya, after going thru those review, Spectra M1 adalah pilihan saya kerana ia kecil, komponen pun simple dan paling penting, ada installed rechargable battery. So kalau ada kerja di luar office boleh pum di mana2 tanpa perlu cari plug letrik. Yeaaaa...

Dah lebih seminggu beli, hari ini baru berkesempatan untuk buka dan susun barang2 pum. Maklumlah, next week dah mula kerja. Satu yg tak best, manual untuk Spectra M1 terlalu simple, maklumat x lengkap. Nasib baik saya dah tgk adik2 saya pakai M1, so saya boleh agak2 laa.

Ini adalah hasil tuaian saya selepas 10 minit mengepam.. about 7oz. alhamdulillah, ok la.


Double pumping, first time trying ;)

Hasil tuaian, alhamdulillah..

Scale pada storage bag ni x tepat. lebih 2oz dari amaun sebenar
So, kawan2 and adik2 sekalian yang sedang atau bakal menyusukan anak, jangan bertangguh/ fikir panjang sangat. Berbaloi beli pum letrik, jauh lebih murah berbanding kos beli susu bayi yang makin hari makin mahal. Sebulan je dah dalam RM200. So its like RM500/2 tahun vs RM4800/2 tahun. 





Tersilap beli plastic storage bag yg besar, 12oz. bila saiz besar, kena dua kali pum baru boleh penuhkan dan simpan dalam freezer. besar pulak tuu..

Saiz yang lagi satu up to 6o rasanya. tapi harga sama untuk 25bag dalam satu kotak. sebab tulah hari tu beli yang besar, jimat.. hihihi



























Mengepam di surau hotel semasa out station- had never been this ez.
Hanya dalam 15-20 min, dapat 2 botol penuh, alhamdulillah.. no plug point needed

APA YANG BAGUS SANGAT DENGAN SUSU IBU??
Kata-kata manusia ni, boleh disangkal. Macam teori sains, hari ini betul, lagi beberapa tahun bila ada penemuan baru, dah tak betul. Tapi, kata-kata atau tepatnya Firman Allah SWT tak pernah silap. Allah Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.. Bila disebut dalam Al-quran tentang penyusuan susu ibu selama 2 tahun, pasti, pasti ia adalah yang TERBAIK.. Semalam, hari ini dan selamanya.

Inilah ayat al-quran/ Firman Allah SWT yang menyebut tentang penyusuan susu ibu.




QUICK INFO ON BREAST FEEDING



Baiklah kawan2 and adik2 sekalian, sama-sama kita usahakan menyusukan anak sehingga at least 2 tahun yer. My daughter yg no 3 sampai 3 tahun lebih menyusu. Bila pregnat anak ke-4, pengasuh cakap susu kena simpan untuk baby baru dia berhenti. Hihi..

Comments