Saturday, 17 January 2015

Bengkung Moden Berkesan - Dale Abdominal Binder



Salam,

Kawan2 dan adik2.. Apa khabar semua. Entry kali ini saya nak kongsikan penemuan penting saya.. Waah, tentang bengkung yang dipanggil bengkung moden.

Semasa berpantang atau di awal tempoh selepas berpantang, kita selalu berdepan dengan masalah susah nak pakai bengkung tradisionalkan.. Almaklum lah kini ramai yang berpantang sendiri di rumah kerana kekangan tiada orang yang boleh jaga. Tak mahu menyusahkan Mak di kampung yang tidak lagi sekuat dulu.

Semasa berpantang, untuk berbengkung saya selalu amalkan memakai samada bengkung tradisional atau bengkung moden. Bengkung moden ini yang pakai zip-zap. Daripada hasil carian saya, tak banyak benkung moden yang ada di pasaran, tak banyak pilihan serta ada yang pada saya kurang berhasil. antaranya -
Lebih kurang macam girdle. Masalah: Selain tidak menutup perut dengan sepenuhnya, 
tulang plastik girdle mencucuk isi perut yang menggeleber. sakit dan x selesa


Material sgt elastik, perlu dipakai ketat. Kurang efektif kerana material mengikut 
bentuk badan, bukan membentuk badan. Terlalu elastik.

Belum pernah cuba, tapi seems agak remeh untuk di pakai.

Silap saya, semasa mencari bengkung moden untuk dibeli, saya bergantung sepenuhnya dengan belian melalui internet, online. Saya tidak terfikir untuk cari di farmasi. TAHUKAH ANDA BENGKUNG MODEN boleh didapati di FARMASI? Bagusnya, barang yang dijual di farmasi kebanyakkan nya adalah gred perubatan. Kan bagus tu.. Malah, jangan terkejut jika harganya pun mungkin lebih murah.

Contoh paling baik yang saya nak highlight ialah bengkung ini - 



Dale® Abdominal Binders with EasyGrip™ Strip adalah adalah bengkung yang telah terbukti secara klinikal mempercepatkan penyembuhan pulmonari selepas pembedahan perut terbuka di samping menggalakkan pesakit untuk ambulate lebih awal. (Copy paste dari web ;P)

Ia sebenarnya dicipta untuk pesakit yang melibatkan bukaan/ pembedahan pada abdomen, dengan gred perubatan. Bagusnya, ia oleh digunakan untuk ibu dalam pantang untuk 'memegang' perut. Kerana itu juga Dale Abdominal Binder ini sesuai digunakan untuk ibu2 yang bersalin secara Ceasarian. 

Bengkung ini boleh didapati di kebanyakkan farmasi, malah ada dijual melalui Lelong.com. Ada yang 3 panel dan ada yang 4 panel. 


Saya ada ternampak bengkung sama dengan jenama tempatan. origin pun dari US juga. Saya agak ia produk yang di beri jenama semula kerana untuk membangunkan satu2 produk bukan kerja mudah. Kalau tak ada reserach team dan modal yang sangat besar, tak mungkin syarikat tempatan boleh cipta produk dengan kualiti sebegini.


BERKESAN KE??
Dari segi keberkesanan, pada saya produk ini bagus. Walaupun apabila digunakan, ia tidak sekuat bengkung tradisional (untuk ibu bersalin normal), tetapi ia selesa digunakan. Saya boleh pakai bengkung Dale ini 24 jam. Bila nak ke toilet, lipat sahaja panel yang paling bawah. Bila dipakai, perut terasa lebih tegap. Selepas sebulan pakai, saya dah boleh pakai baju tanpa bengkung. Masih ada perut yang menggeleber of course tetapi tidaklah sampai rasa tidak selesa. kalau tarik nafas sikit sure tak nampak perut. hiihi, uols pun biasa buat kan kan kan..

So ladys, be informed and make a choice.. 


3 comments:

  1. Salam sis, nk tnya. Bengkung yg sis ckp ni ada dijual di farmasi guardian atau watson tak

    ReplyDelete
  2. Biasanya ada, cube pergi tengok..

    ReplyDelete
  3. Berapa harga binder ni puan?

    ReplyDelete