Pusat baby tersembul - Pengalaman Baby Ana


Salam,

Hari ini saya nak kongsikan tentang pengalaman saya berdepan dengan masalah pusat bayi tersembul. Daripada 4 anak saya, dengan yang bongsu ini lah pertama kali saya berdepan dengan masalah pusat tersembul.


Semasa awal kelahiran, dalam 2-3 minggu, pusat bayi saya normal, tiada apa yang pelik. tali pusat dah tercabut pada hari ke-7. pusat pun bersh, tiada nanah. Masuk minggu ke-4 saya perasan pusat baby saya macam nak terkeluar, terik sangat, terutama apabila bayi saya menangis yang meneran-neran. Biasa la baby kan,  bila melalak tu meneran-neran. Makin lama, besar pusat makin besar, seolah-olah ada bebola disebalik pusat yang nak terkeluar. Takut jugalah tengok, macam nak meletup je rasanya.

Sorry, gambar tak jelas. Tapi nampak kan, keseluruhan pusat tersembul.






















So, saya pun mula la mencari maklumat daripada internet dan dapati agak ramai ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah ini. Ada banyak juga petua yang diberi, namun tiada gambaran jelas proses yang berlaku. Sebab itu, saya akan kongsikan disini pengalaman saya sendiri, semoga dapat membantu ibu2 kelak.

Risau dengan kesihatan bayi saya, saya bawa baby jumpa Paedatrician (Paed). Paed cakap -
  • Agak biasa bagi bayi di bawah 3 bulan
  • Bayi saya agak chubby, banyak menyusu. Apabila menyusu, sebahagian angin turut masuk ke badan bayi. Ia menyebabkan something like pedih ulu hati. Sebab itu, bayi meneran.
  • Bila bayi meneran, cincin pada usus yang belum matang menjadi mcm belon. 
  • Jika tidak dirawat, dikhuatiri boleh menyebabkan usus terkeluar. Ini hampir sama macam kes angin pasang atau hernia, cuma ia di pusat. (Anak ke-2 saya dulu dapat hernia semasa 3 tahun)
  • Jadi, Paed bagi baby saya ubat untuk elak perut berangin, ala-ala Gaviscon untuk baby. Ada satu lagi ubat yg macam berasid sikit, lupa pulak namanya.
  • Then, the best part Paed saya bagi tips untuk tutup pusat baby dengan duit syiling. Ini supaya apabila baby meneran, pusat tidak akan terjojol terlalu jauh.
Waktu bayi tengah rileks tak meneran, tekan pusat tu ke dalam (akan ada rasa macam ada sarung). ada bunyi 'crettt'. Letak duit syiling atas pusat dan tampal plaster . Gam plaster ni agak kuat, bila nak tanggalkan, saya guna spirit. (plaster dan spirit beli dekat farmasi). Waktu mandi, letakkan sabun dan gosok perlahan untuk buang sisa gam pada kulit bayi. 
    Contoh macam ini. Macam saya, ikat dengan getah jer,
    mudah. x perlu ketat
    sangat sebab nanti nak panaskan
    pakai seterika -Gambar internet


  • Saya jumpa Paed untuk monitor dari minggu ke minggu. Petunjuk its getting better ialah bila kita tekan pusat yang terjojol tu, kita boleh rasa sarung yang bila kita tolak bunyi crett tu terasa makin ketat.  
  • Selain makan ubat yang paed bagi (saya tak bagi ubat yang berasid sebab baby x dapat terima, mcm sgt acidic), saya tuam juga pusat bayi dengan tuam herba yang dibuat sendiri. Mudah jer, beli sepeket jintan hitam (habbatussauda), dan bunjutkan dalam tuala kecil. 

Get ready macam ni. Saya biasa panaskan tungku herba baby dengan iron - tekapkan tungku herba pada iron, rasa kepanasan, bila suam-suam, tekap pada perut bayi termasuk pusat. Tekan perlahan-lahan. Tungku akan cepat sejuk, so duduk berdekatan seterika. Berhati-hati, jgn ada anak-anak lain yang masih dan lepas tu baru pakaikan barut.  Foto daripada http://ffasfaa.blogspot.com/


Selepas 3 bulan, alhamdulillah pusat baby saya dah jadi macam ni. Alhamdulillah, rasa lega yang amat. Ni dah ok lah ni. Berbaloi semua usaha yang dibuat. Saya rasa berbarut juga sangat membantu.  



Comments

  1. terima kasih sharing pengalaman, anak saya pun ada umbilical hernia ni..

    ReplyDelete
  2. Daun sireh Itu harus di tekap sama ? Harus buat haRi-hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minnie, ya saya buat setiap hari sebab memang susah hati tgk pusat anak macam tu. Saya usaha sungguh supaya cepat sembuh.. Usaha tangga kejayaan.

      Delete
    2. Kalau tak ada daun sirih, tekap aje dgn apa juga bahan yang ada. Yg penting, everyday selepas mandi, sebelum perut baby di barut, tekap dengan tungku baby. Tak kisah la isi tungku baby tu habbatussauda ke, lada hitam ke or apa-apa juga, asalkan ditekap. Kalau panaskan kain sahaja pun takpe.

      Delete
  3. Terima kasih kerana share pengalamanni. Anak sihat skrg?

    ReplyDelete
  4. Ubat tu boleh beli di farmasi?

    ReplyDelete
  5. Salam. Nael Daily, alhamdulillah baby saya sihat sekarang. For Anonymous, saya tak pasti samada ubat boleh beli di Farmasi, tapi advise saya better pergi jumpa pakar kanak-kanak. Keadaan seorang bayi to another mungkin berbeza.

    ReplyDelete
  6. Ubat tu nama apa ye..yg biasa org dewasa mkn ke?? Bayi sy pon pusat dia terkeluar..puas tuam2 xmsuk..mse mula2 tu lepas tanggal tali pusat..pusat dia ok..lama2 trkeluar..ni nk msuk 2 bln bayi sy..sy nk try la petua puan..tp yg ubat tu sy was2 nk bg bayi sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadiatul Akmar, memang patut was-was pun.. Pls hanya bagi ubat pada bayi only as advised by medical doctor. Nasihat saya, pergi jumpa doktor..

      Delete
  7. Assalam. Bby sy pun pusat tersembul. Inilah yg pertama alami mslh ni. 3 ank lain semua ok. Sy cb dr dia bby lg smpi skrg dh setahun umurnya tp masih agak tersembul jg. Ada tak petua tuk atasi...risau sgt tgk pusat dia mcm tu. Tkasih.

    ReplyDelete
  8. Puan,tekap duit syilingtu brapa jam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biarkan saja duit syiling tu pada perut baby hingga masa nak mandikan, bukalah. sudah mandi, saya pakaikan balik.

      Delete
  9. Ibumal.. selama berapa lama boleh tengok perubahan pusat yang tersembul tu kembali normal? Adakh punca pusat tersembul penyebab anak kerap kembung?

    ReplyDelete
  10. Terima kasey puan atas perkongsian pengalaman kt atas...jasa puan Allah shj la yg layak membalasnya...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas pengalaman Dan info puan... Boleh sy guna pki... Sekarang anak sy umur 45 hari.. Dan pusat nya sama mcm anak puan... Skrg sy tekup pusat anak sy pki daun mengkudu Dan coin 50...harap anak sy normal pusat nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan, mcm mana ank puan? berhasil x cara ltk duit syiling?

      Delete
  12. Baby sy pon pusat dia tersembul,sy Cuba yang awk share..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum....sy kurang pasti adat2 jagaan pusat baby tersembul ni...sy dijaga oleh mak mertua buat pertama kali nya sy rasa pelik lihat ibu mertua menekap pusat anak dgn mengunakan tembakau merah kemudian letak syiling 5cen or 1 cen...mmg itu cara orang sarawak menjaga pusat baby??perlukan penjelasan lebih tentang situasi ni...takut ade sesuatu berlaku...

    ReplyDelete
  14. Hai kak
    Anak saya pun masalah ni.ttapi tak faham cara nak buat?
    Aka bagi jelas sikit blh?

    ReplyDelete
  15. Sama mcm ank sy. Sy bru lps ary .pusat dia makin tegang kelua. So ap yg lebih better. Tuam or letak syiling .

    ReplyDelete
  16. Duit syiling tu duit syiling sekupang ka 20 sen ka 50 sen ?

    ReplyDelete
  17. Macam mana nak pakai spirit tu ye? Duit syiling saiz berapa sen yang letak kat pusat tu?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.pn.daun Sireh untuk ape.apa fungsi dia.sya x ada daun Sireh susah nk dapat.jadi sya kene gantikan dgn benda lain yg fungsinya sama mcm daun sireh

    ReplyDelete

Post a Comment