Cuti Sekolah - Trip ke Berjaya Hotel & Times Square Theme Park Kuala Lumpur, Disember 2014



Salam semua,

Lama betul tak update blog. Susah sangat nak cari masa. Well kalu kita tak make time, we wont find one right, masa pulak yang disalahkan ekk.. hihi

Ok, saya nak kongsikan my latest trip with En. Hubby and the kids ke Hotel Berjaya dan Time Square. Cuti sekolah hujung tahun 2014 yang lepas, jadual kerja saya agak padat. Luckily, last minit mesyuarat pada hari Jumaat, which is last day school holiday, dibatalkan. Cepat2 mohon cuti, dapat jugalah bawa anak jalan-jalan.

Puas fikir, mana nak pergi dengan hanya 3 hari at the max. Puas saya google dan tanya pandangan kawan2, daripada Melaka ke Kuala Selangor, ke merata Kuala Lumpur, akhirnya saya decide untuk ke KL saja. banyak hotel juga saya google rate bilik yang paling murah, daripada tripadvisor juga call sendiri hotel untuk dapatkan Government rate. Akhirnya, kami decide untuk ke Hotel Berjaya.

Kenapa Berjaya Hotel 
  • Hotel cantik, lokasi di Bukit Bintang
  • Swimming pool besar (yg budak kecik je)
  • Ada small taman permainan (tapi tak sempat pergi pun)
  • Dekat dengan Low Yat (pusat peralatan komputer)
  • Dekat dengan Kg Baru (macam-macam makanan ada)
  • Link dengan Times Square Megamall (ada indoor theme park)

 Hotel Review 
Keluasan bilik - superb, besar, memang best. Ada sofa bed. Tapi wajar la kot, hampir RM400 jugak harga bilik . ;O

Perabot - Outttt, perabot lama, tapi bersih, TV masih yg gedabak

Kebersihan - Bersih, superb

Toilet - Luas, tetapi tiada wayar air pada toilet. Outtt

Katil,bantal, lain2 - superb

Lobby - waiting area- sofa buruk,
nyamuk banyak. Lariiiii....





Breakfast review
Was so suprised, Not much choice. Boring..
I may repeat trip to this hotel but I will definitely choose to eat out. The rate for breakfast is expensive compared to the choice of food. RM50++ for adult, RM25++ for children.

Dalam peta saya x nampak, rupanya Hotel Melia is just on the other side. Rate di situ cheaper, can cross the bridge to get to Times Square.




Swimming pool review
Swimming pool budak agak kecil, tapi yg adult besar dengan sedikit air pancut. Dikelilingi taman bunga. Pretty nice.



Times Square Indoor Theme Park  review
Rate: Family package RM106 (2 adult, 2 child)(Malaysian)

Theme park indoor ini ada 2 tingkat. Tingkat bawah kebanyakkannya untuk dewasa, in which min height adalah 120cm. Ada bar di setiap permainan untuk menunjukkan had min ketinggian. Ada juga 5-6 permainan yang perlu dibayar berasingan.

Tingkat atas pula meant untuk kanak-kanak atau permainan sekeluarga. Sesetengah mainan untuk kanak-kanak ada juga min height, lupa pula saya berapa hadnya. Tapi anak saya yang baru masuk 4 tahun lepas, syukur. Kalau tak bengang juga sebab dah bayar mahal2, semua tak lepas, takkan nak main playground je kan. So inilah gambar-gambar kami sepanjang berada di sana. Hampir 2 jam juga dalam indoor park tu.










 









Makan di Times Square Megamall
Ada banyak juga pilihan. Fast food banyak yang berada di Tingkat 4 dan 5. McD ada di sebelah indoor theme park. Tapi masyaallah, kualiti McD disitu sangat teruk. Fish fillet - sos putih/mayo sejemput jer. Anak saya yang kecil boleh tanya mana sos putih, takde pun macam yang dalam gambar?? Double cheese burger pun dah tak setinggi dulu. I used to love McD's burger, but I ban myself from taking McD since the issue of McD gives fund to Israel. However, bila saya di tempat yang susah nak dapat makanan biasa saya pergi juga. So, memang dah lama x ke McD. I was so shocked, the quality is very2 bad, lousy I can say. I think burger kat stall is much better than McD nowadays. No point selling at cheap price if McD compromise its quality. Its not cheap then. So, plss reminder for myself and you friend, no more McD pls.

Food court di sini agak luas, food choice was ok and price reasonable. Kena beli kad kat sini, kalau lepas beli makanan masih ada balance, boleh refund.

Paling tidak, dekat dengan pintu yang link antara hotel dengan Megamall, ada 7Eleven. Boleh beli sosej, roti, nasi pun ada.

So overall, anak-anak saya happy sangat. Tempat main dekat, tempat makan pun dekat. Bilik pun besar. Will I repeat? Try hotel lain la pulak :P

Ok lah kawan-kawan, minggu depan cuti sekolah. Di tengah-tengah kesibukan kita, jangan lupa luangkan sedikit masa yang berharga tu buat anak-anak. Ingat, masa yang berlalu tak dapat ditebus balik.. lagi berharga daripada emas tauu.. 


With love, Ana.


Comments