Jalan-Jalan Cari Makan di Terengganu Kita !!!

Salam,

Hari ini tiba-tiba terfikir, saya sibuk bercerita tentang tempat orang, lupa nak ceritakan tempat sendiri. Di mana lagi kalau bukan Terengganu Darul Iman, atau kami sebut Tranung. Ayah saya cakap, nama Tranung tu maksudnya "terang dinung" atau terang di sana. Lebih kurang macam tu la. kalau ke Tranung, cuba-cuba la bercakap dialek Tranung, mana tahu boleh dapat diskaun lebih ;P

Hari ni saya nak bercerita tentang TEMPAT MAKAN BEST di Tranung yang semasa dan akan saya update dari masa ke masa. Almaklumlah, kami orang tempatan jarang makan kat luar.. huhuhu

Ini peta negeri saya, tapi saya taklah arif sangat dengan semua daerah di Terengganu. 

Dilahirkan di sebuah kampung di Kuala Terengganu, memulakan kehidupan awal di Hulu Terengganu (kami biasa sebut Kuala Berang), bersekolah rendah di Marang, meneruskan sekolah menengah di Dungun. Setiu dan Besut laluan 2-3 tahun sekali untuk ke Kelantan, Kemaman pulak laluan bila nak ke ke Kuala Lumpur. Huhu..


KUALA TERENGGANU (KT)
NASI DAGANG
Datang Tranung, WAJIB makan nasi dagang okey.. Banyak tempat jual nasi dagang, di Cendering, Pantai Batu Buruk, Bukit Besar etc.  Tips untuk nasi dagang yang sedap- nasinya dimakan begitu saja pun sedap. Kalau nasinya tawar, confirm bukan yang terbaik. Yang saya tahu sedap, di kedai makan berdekatan traffic light Bukit Besar, Opposite Giant/Mydin.  Kalau dari KT, kedai di tepi jalan, sebelah kiri. Nasi dagang kat sini memang cepat habis. Yg di Cendering pun sedap jugak.. tak kisah la mana-mana pun, yang penting, Mesti Cuba..

Kredit gambar dari mohdzarin.com
ICT - IKAN, SOTONG CELUP TEPUNG & KEROPOK LEKOR
Walaupun digelar ICT, bukan ikan jer ye kawan-kawan, ada sotong celup tepung dan keropok lekor juga. Ada banyak juga tempat menjamu ICT, antaranya Pantai Teluk Ketapang, berdekatan Lapangan Terbang KT. Di Merang, pada yang on the way ke Kelantan pun ada, dan di Pantai Kelulut di Marang, pun banyak kedai ICT. Saya suka ikan celup tepung, ikan yang diguna ialah ikan kembung. Ikan disini biasa memang sure fresh, rasa manis asli. Sotong pulak, ada masa ok, ada masa kalau yang besar sangat, rasa dia tawar. Tapi kalau dapat sotong yang segar, memang BESTTT sangat.  Tapi, kawan-kawan cuba la.. lain orang lain citarasa, betul tak..



KEROPOK LEKOR
Keropok lekor, siapa tak rasa kepok (sebutan orang Terengganu) lekor di Tranung rugi besar. Ada macam-macam bentuk. Ada yang kasar, ada yang halus. Dah goreng, ada yang kecut-kecut, ada yang pendek-pendek, ada yang warna cerah, ada yang gelap. Macam-macam jenis. Juga istimewa, pencicahnya yang pekat, manis-manis pedas.



Ada banyak tempat jual kepok lekor. Daripada Merang, Kuala Terengganu, Marang, sampai nun di Kemaman ada banyak tempat jual kepok lekor. Tepi tangga Pasar Payang pun ada penjual kepok lekor. Pada pengetahuan saya yang cetek ini, dulu kepok lekor yang dikenali ramai ialah di Kg Losong. Sekarang pun masih ramai pengunjung ke Kg Losong membeli kepok lekor. Kepok lekor di sini kurus, panjang dan murah.














Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, nama kepok lekor BTB makin masyhur. BTB tu ialah Bukit Tok Beng. Nak cakap dari segi rasa, rasanya semua sedap. Cuma kelebihan BTB, dia ada vacuum pack kepok lekor. Jadinya kepok bila beli di Tranung, bawa balik ke rumah masing-masing lepas 8 jam perjalanan, masih dalam keadaan elok. Rasanya pun terpelihara. Kalau kawan-kawan nak beli banyak di BTB terutama waktu cuti sekolah, saya nasihatkan order dulu melalui telefon 1-2 hari sebelum, lepas tu terus pergi ambil jer. Kalau tidak, ambik nombor dan beratur panjang la jawabnya.. 

Ada juga tempat-tempat lain yang menawarkan perkhidmatan vacuum pack, tapi kadang-kadang kualiti packing kurang elok, masih ada udara, jadinya kepok masih rosak.

Di Pantai Kelulut, Marang juga banyak kedai kepok lekor yang sedap, antara yang saya biasa beli ialah dari kedai Tawakkal dan kedai Kak Yah. Yang banyak kereta, itulah kedainya.Nikmatilah sedapnya kepok lekor Terengganu.. banyak ikan. 


SATE IKAN DENGAN SOS MANIS - FROZEN


Haaa, yang ni istimewa. Di Cendering, ada kedai SATE IKAN KAK NING yang menjual sate ikan yang disejuk beku.
Ala, sate ikan yang bulat-bulat, cicah dengan sos pink tu. Ingat lagi tak zaman persekolahan dulu, setia menunggu di luar pagar sekolah. PakCik tu tanya nak kuah manis ke kuah pedas? Yang tu lah... murah saja, 100 cucuk, RM17. Kedainya, kalau dari Marang, sebelah kiri. Kalau dari Kuala Terengganu, sebelah kanan jalan. Cuba, jangan tak cuba.. 




SELEKSI KUIH-MUIH TEMPATAN - GONG KAPAS


Kredit gambar daripada www.wetot.la
Datang ke KT, jangan pernah lupa singgah ke Gong Kapas, kedai menjual pelbagai kuih-muih tempatan. Kuih moden, lagilah ada. Macam-macam ada.. Kuih gopa, apam, tepung pelita, puteri mandi, asam gumpal, bubur nasi, rojak mee, laksam, laksa kuah putih, laksa tumis, kaswi, roti jala kuah manis, kole kacang, kuih bom, cara manis, cara berlauk, subhanallah.. penat menaip. Tapi memang banyak. Memang rambang mata.. tapi memang seronok. kenalkan generasi muda dengan makanan tempatan. 

Lokasinya ialah di sebelah traffic light di jalan utama Gong Kapas. Landmark adalah Sekolah Mengengah Agama Khairiah. Mudah jer cari ni..



ASAM GUMPAL NANGKA



Haaa.. yang ni sangat dekat dihati saya. Asam gumpal atau kami orang Tranung biasa sebut sagupa yang dalamnya ada inti kacang hijau tumbuk, dihidang dengan kuah santan dengan hirisan nangkan madu. Dessert yang memang heavenly, lebih-lebih lagi kalau diletak sedikit ais. Memang sedap.

Kerana sukanya saya dengan dessert ini, saya pernah cuba buat, tapi tak berapa jadi. Tak semudah disangka. Takpe, nanti cuba lagi..

Setiap kali ada kenduri dan hari raya, Mak saya akan order sagupa ni. Yang sedap hanya satu yang saya tahu, tauke nya dipanggil Kak Han, kedai di pantai Batu Burok, KT. tapi saya tak pernah pergi pun kedai dia sebab biasanya mak saya buat tempahan awal menerusi telefon je. Percayalah, sedap sesangatttt. Nanti kalau nak order, mintak asingkan sagu dan kuahnya, lepas tu kawan2 frozen kan. Bawak balik KL ke Johor ke, Kedah ke, masih boleh tahan, insyaallah.


MARANG


KUIH BAHULU PANAS
Kredit gambar http://joegrimjow.blogspot.my/

Dari KT, sebelum sampai ke kedai Nasi Ayam Jazree, kawan-kawan siapa yang suka bahulu panas, boleh beli bahulu. Ada satu gerai di tepi jalan, sejurus selepas stesen minyak Shell Marang. Dibakar dengan menggunakan sabut. Kalau orang zaman sekarang, sebut smoking. Asap tu memberi aroma tersendiri. 

Nampak asap berkepul-kepul, sabut kelapa yang tinggi, yelah tu kedainya. bahulu nye gebu, panas, crunchy di luar..sangat sedapp..


NASI AYAM & ROJAK MEE JAZREE 

Jangan tak tahu, di Marang ada kedai nasi ayam yang menjadi pilihan ramai orang tempatan, kedai Nasi Ayam Jazree namanya. Dia jual 2 jenis makanan jer, nasi ayam dan rojak mee.  Saya terlampau suka dengan Rojak Mee dia. Ada Cekodok, mee, ayam, telur rebus dan salad dimakan dengan kuah rojak (kacang). Slurppp.. Kedai ni payah nak jumpa kot untuk orang luar sebab sepanduk pun tak berapa jelas. Tapi percayalah, memang SEDAPP.. Kedai ni ada banyak cawangan, dengarnya diurus oleh adik beradik. Setahu saya ada 1 di KT berdekatan Petronas di Batu Buruk, 1 di Marang selepas Shell Marang dan 1 di Seberang Marang, selepas Masjid Kg. Seberang Marang. Kedai semuanya ditepi jalan. Kalau susah sangat tak jumpa, tanya je orang tempatan yang mana ternampak. Hihihi..
Ini papan tanda yang lusuh, nama pun tak nampak.. adohaii 

Ini la rupa kedai dari luar, daripada arah Kuala Terengganu

Ini kicap dan cili untuk nasi ayam. Cili segar, sedappp


KARIPAP IKAN - FROZEN

Kredit gambar http://misshamakeupstore.blogspot.my/
Haa, lagi keistimewaan Tranung ialah, kebanyakkan makanan adalah berasaskan ikan. Dalam sayur, kuah rojak, karipap, salak lada, sata, inti kuih, semuanya ikan, dan ikan segar.. Kita biasa makan karipap kentang, tapi di Tranung boleh dapat karipap ikan yang sedap, disejuk beku. Belum ada kedai yang jual karipap ikan yang siap digoreng panas-panas, tapi yang beku boleh dibeli. 

Di Marang, boleh beli di kedai Dapur Honey. Landmarknya ialah Balai Polis baru bandar Marang. Kalau dari KT, kawan-kawan akan lalu Shell Marang, Gerai Bahulu, Nasi Ayam Jazree, depan lagi ada lot kedai warna pink, kat situlah Dapur Honey. Sebelah Dapur Honey ada kedai menjual roti kampung, panas-panas lagi. Haa, makan lagi. Singgah, jangan tak singgah.

Dapur Honey ni kedai menjual barang-barang membuat kek. Karipap sejukbeku yang dijual memang sedap, dan murah. Kalau kawan-kawan nak beli banyak terutama waktu cuti sekolah, saya nasihatkan order dulu melalui telefon 1-2 minggu sebelum pergi, lepas tu terus pergi ambil jer. Kalau tidak, kehabisan stok la jawabnya.. No Dapur Honey  012-9676145 




CUKAI, KEMAMAN

SATA, OTAK-OTAK, PULUT LEPA 

Kredit gambar daripada blogmakanbest.blogspot.com
Sata, salah satu makanan popular di Terengganu. Ia adalah isi ikan yang digaul bersama kelapa, balut dalam daun kelapa dan dibakar. Memang sangat sedap, lagi-lagi kalau tengah panas. Sata ni sebenarnya boleh dapat di mana-mana je di Terengganu. Kat pasar malam ada, gerai tepi jalan pun ada. Cuma sekarang dah tak ramai yang buat sata.  Antara tempat popular dengan sata di Terengganu ialah di Kemaman. Saya sebenarnya tak pasti nama kedai, tapi katanya antara yang top ialah warung otak-otak Che Wan dan Aziz Sata, di Pantai Mak Nik (sebut Mok Nik) di Kemaman. Semua ni warung tepi jalan pantai, makan sata panas2 sambil layan angin pantai dan keindahan laut yang biru.

Biasanya kedai yang jual sata pun akan jual ota-otak ikan dan pulut lepa (pulut ikan), sebab semuanya dipanggang, dan dibalut dengan daun kelapa. Cuma bentuk dan isi yang berbeza. Maaf cakap, pulut lepe di KL semua outttttt. tak sedap langsung.

Selain kedai-kedai ni, sepanjang jalan ke Kemaman dari KT pun sebenarnya banyak je kedai keropok yang jual sata. Pada saya sedap je, cuma kadang-kadang ada yang dipanaskan semula sebab mungkin tak ramai pengunjung. Nasihat saya, beli sikit dulu untuk cuba. Kalau sedap dan ok, baru beli lagi. Manalah tahu hari dah nak gelap, tak sempat sampai ke warung di pantai Mak Nik.. Haaa, kan langsung melepas nak makan sata.. Sata ni yang bestnya, bila kita makan, tergigit cili padi seketul kat dalam tu. Aduh, berasap sekejap, tapi sedap. Kikikiki
Kredit gambar daripada blogmakanbest.blogspot.com
Sata yang sedang dipanggang

Isi satar. Biasa ada seketul cili padi kat dalam. Hati2 bila bagi anak kecil.

Otak-otak Terengganu - isi ikan, bukan udang macam otak-otak Johor
Otak-otak panjang leper macam ni..

Haaa, ni pulak Pulut Lepe.. isi ikan juga

Okey, itu saja buat kali ini. Nanti kalu ada tempat makan baru saya update lagi. Jangan lupa kawan-kawan, kalu turun ke Terengganu, luangkan masa untuk cuba makanan tempatan disini. Rugi kalau guna LPT2, tak dapat merasa makanan tempatan ni semua. Takpe lah jauh sikit, tapi sepanjang perjalanan tu macam-macam pengalaman kita dapat. Baru ada feel bercuti, baru seronok travel. Baru namanya percutian bermakna..

Salam




Comments

  1. Slm sejahtera..
    Saya seorang runner(trip advisor) pekej bercuti/melawat ke pulau/tasik/tmpt2 menarik di terengganu
    Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Agak hairan bila ada orang kata data kedai Aziz sata teluk maknik tu sedap..tak sedap sbenarnya..banyak nyior drp ikan...ni yang confirm paling sedap cuba kedai sata bawah pokok jalan masjid geliga ke Kuala kemaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Boleh bagi lokasi yang lebih tepat x?

      Delete
  3. Seme sedap2. Asam gupal nangka tu tk pnah lak mkn.biasa kacang

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam gumpal tu memang dalam dia kacang, tp kuah dia diletak slice nangka madu. Harumnya, hmmm memang ketagih..

      Delete
  4. Pulut lepe ladang dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete

Post a Comment