Cuti Sekolah 2016- Royale Chulan Damansara Hotel -IKEA

Assalamualaikum semua...

Wah, cepat betul masa berlalu. Another school holiday.. Macam biasa la, saya selalu rasa saya la ibu yang paling sibuk di Malaysia. Tapi, tahun ini saya dapat cuti belajar, sambung Master. Kelas di UPM hanya dari 6.30 petang sampai 9.30 malam. So saya ada lebih masa di rumah, walau pun banyak assignment perlu diselesaikan. Ada kawan-kawan yang belajar sambil kerja, lagi penat. Fuhh, saya sungguh salute pada diorang. Very determined..

Ok, so oleh kerana lately harga pasaran RM asyik jatuh, makin lama makin rendah, dengan nilaian hari ini 1 USD = RM4.47, saya pendamkan sahaja hasrat untuk bawa anak-anak ke luar negara. Dalam kepala bukan US ke UK pun, even Singapore pun saya tangguhkan. Not only sebab matawang kita jatuh, juga sebab Singapore tengah berdepan dengan Zika virus. So, tak nak ambil risiko lah..

Fikir punya fikir, finally saya pilih untuk bercuti di sekitar KL sahaja. Kami pilih utk menginap di Royale Chulan Damansara Hotel selama 3 hari, 2  malam. Satu malam dalam RM300.

Mula-mula ingatnya nak ambil peluang main ice skating, tapi bila di congak-congak, costing untuk ice skating untuk 1 jam untuk 3 kanak2 + 1 dewasa bersama seekor penguin dah hampir RM200++, kami tak jadi. Lagi pula skating rink nye kecik sangat. Bila ramai pengungjung, rink jadi agak berair, licin. Ramai yang menginap disini sebab nak ke Kidzania. Kami tidak ke Kidzania kali ini sebab cuti sekolah, daripada review waiting time boleh cecah 1 jam untuk each site. So lain kali jelah ke Kidzania. Pontengkan sekolah satu hari, boleh.. Uppsss..

Makanya kami hanya ke IKEA dan jalan-jalan di the Curve. Hari-hari makan karipap ikea, hotdog RM2, dan soft icecream RM1 dan frozen yogurt RM1.50. huhu, sampai jemu la. Tapi harga makanan ini memang jauh lebih murah daripada fast food lain.

Kedai makan banyak disini, tapi banyak yang mahal. Satu meal nasi goreng dalam RM15, di Papa Rich. (Itu pun tak sedap.. toksah beli lah). Kami tak jumpa pulak food court mana-mana yang ada jual nasi campur. Huhu, perut melayu sangat.

Bilik
Keluasan bilik ok, design bilik cantik, ala English gitu. Bilik air pun cantik tapi sedihnya takde bath tub. So mandi di kolam je la. Tapi house keeping di sini sangat bagus, jam 11am dah mula kemas bilik.
































Haaa... Bila anak dara bersiap,
macam nilah.. kalah Ibu.. 

Suka tengok peel anak dara saya yang 
sorang ni. Dah semakin dewasa, kikikiki
Breakfast 
Selection makanan memang banyak, sepertimana ulasan reviewers yang saya baca. Favorite saya ialah noodle station, sebab sup dia very light, tak terasa flavour sangat. One of the day, mereka serve yoghurt Nestle. Anak saya bawa balik sorang satu, happy betul diorang. Esoknya, mereka tukar kepada yoghurt dalam mangkuk, so tak boleh bawa balik. Hahahahah...
Masing-masing dengan selera sendiri.. 


Swimming pool
Pool untuk budak sangat la kecil. Cinonet sangat. Kolam dewasa ok la, so anak2 main both pool, asalkan bawa pelampung. Suasana di pool sangat nyaman..

Wah, wah, wah.. terjunan Olympic kah ini? Insyaallah.. ;)

Cinonet jer kolamnya.. 

Bawa pelampung, jangan lupa. Anak-anakku, macam baywatch pulak

Huhu, inifinity pool berlatarkan Stesen MRT yang baru siap

Anak-anak, kemana pun swimming pool yang paling dicari
IKEA
Kat sini macam biasa lah, apa yang bestnya ialah bila tak perlu pening kepala cari parking dan tak perlu kejar masa untuk sembahyang sebab hotel sangat dekat. So boleh la lama-lama sikit disini. Saya agak banyak kali end up tak beli apa-apa barang di IKEA samada sebab takde stok atau malas nak tunggu giliran bayar yang sangat panjang.

Now saya rasa cara yang terbaik ialah, sehari sebelum pergi IKEA, semak availability barang yang kita mahu di website IKEA . Lepas tu print shopping list tadi. Pergi ke IKEA keesokan harinya di awal pagi sebaiknya jam 10am dah dah sampai. Sampai sahaja ke IKEA, terus tuju ke rak barang yang hendak di beli, dan terus bayar. Lepas bayar boleh beli karipap.

Tips untuk beli karipap, 
Sambil2 beratur tu sila la kawan-kawan taip dalam handphone apa yang nak di order dan quantity. Tidaklah nanti tergagap2 di depan kaunter. Haaa.. cuba, jangan tak cuba..

The famous IKEA curry puff or karipap.. tapi sedihnya, telur dalam karipap ni sekarang dah semakin kecil dan rasa pun dah tidak sesedap dulu..

The Curve
Oleh sebab kami jalan2 ni pada musim Krismas, banyak perhiasan Krismas di mana-mana. Anak2 seronok la main2 di sini. Di tengah-tengah The Curve, ada gerai-gerai jualan barang-barang souvenir, barang perhiasan dan gerai biskut Dragon Breath. Menarik juga. Cuba, yang penting hati2. Kalau kawan-kawan nak makan apa2 juga yang dibekukan menggunakan Liquid Nitrogen, make sure makanan yang kawan-kawan nak makan tu tiada lagi cecair Liquid Nitrogen, maksudnya semua dah meruap. Then boleh makan.




 



































Jalan-jalan di The Street, di malam hari

Dragon Breath cookies
Pada saya, boleh je cuba dragon breath cookies ni sebab KKM dah cakap ok. Tapi ambil langkah-langkah berjaga-jaga, make sure tiada lagi cecair liquid nitrogen dalam bekas cookies yang diberi. Semua liquid nitrogen dah meruap. Then boleh la makan..

Ibu pun cuba, huhuhu


Si kecil ni pun tak kalah dengan kakak dan abang-abang, dia pun nak try jugak

Comments