Resepi Cekodok Bilis Rangup Mudah

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsikan resepi cekodok bilis yang sangat mudah, rangup, sedap dan sihat sebab kurang minyak and boleh tambah sayur-sayuran.. Bagus kan. Ini pun bukan saya cipta resepinya, tapi saya cedok dari banyak sumber dari internet. Ini kaedah menggunakan air panas, jadinya tepung telah separuh masak semasa diadun, menjadikan cekodok kurang menyerap minyak semasa digoreng\, boleh dibentuk bulat2 comel atau bite size, dan juga rangup.Resepi ni sangat mudah dan cepat siap. Sangat sesuai untuk anak-anak yang tak suka sayur sebab bila dah digoreng, mereka tak rasa sangat. Aaaa, kalau sesiapa yang biasa beli cekodok yang macam-macam jenis di bazar berdekatan UNITEN, resepi ni boleh lawan cekodok kat situ. Lagi best, boleh makan panas-panas dan murah...

Bentukkan bulat boleh, tapi saya bentukkan kecik2 bite size saja.
Tak bulat pun takpe sebab adunan tu panas, lagi pun bila tak bulat,
lagi rangup jadinya sebab tekstur yang tak sekata
Bahan-bahan CEKODOK
1. Tepung gandum - 1/2 kg
2. Bilis - Segenggam
3. Garam -  secubit
4. Kiub ayam - 1/2 kiub
5. Sayur-sayuran di potong halus/ parut
- Kobis
- Carrot
- Daun bawang

Cara-cara
1. Campur semua bahan secara kering terlebih dahulu.
2. Menggunakan air panas yang baru masak, tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan kering dan kacau menggunakan sudu/sudip. ini air panas ni..adum sikit demi sedikit sehingga semua bahan menjadi ketul-ketul sebab tepung tadi masak kerana air panas. Tanda-tanda adunan dah cukup air ialah bila ia sesuai untuk di polek masuk ke dalam kuali. Biarkan seketika, sebab adunan masih sangat panas.
3. Kemudian, bentukkan adunan ikut saiz kegemaran anda dan goreng dalam kuali dengan minyak panas. Miyak perlu agak banyak bila menggoreng cekodok.
4. Goreng api sederhana sehingga warna cekodok menjadi kekuningan dan balikkan. Angkat bila cekodok sudah hampir keemasan. Kalau nak garing lagi, goreng la lama sikit. Tapi kalau garing sangat kurang sesuai untuk orang tua atau anak kecil ya, gigi tak berapa kuat.


Sos pencicah.. Orang Trg panggil cuka kepok.
Cicah dengan keropok
boleh, goreng pisang boleh, cucur pun boleh
 Bahan dan cara-cara buat sos pencicah segera
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cuka
sedikit gula melaka (ikut citarasa. takde gula melaka, apa2 gula pun boleh.
1/2 cawan air masak

Cara: Campur semua bahan, kacau sebati dan sesuaikan rasa manis dan masam dengan gula dan cuka atau sos. Siap..




Cuba, jangan tak cuba ye kawan-kawan. Insyaallah masuk kali kedua anda cuba, pasti dah tak teragak-agak lagi.. Selamat mencuba

Comments

Post a Comment