PROPERTY INVESTMENT- MINAT TERPENDAM..





Salam..

Lama betul saya tak menulis.. sibuk menguruskan diri sendir ditambah dengan pengajian pasca siswazah. Hmm apa pun masa tetap berlalu ye dak..


Saya ingin nak kongsikan dengan kawan2 tentang property investment. Saya bukan siapa2 dalam bidang ini, di mata saya property investment tu ialah pelaburan dalam hartanah seperti rumah kediaman, tanah, bangunan komersial dan sebagainya.

Saya dah lama suka baca dan follow ilmu2 berkaitan hartanah. Saya follow Fb Abang Ensem, Ir Ajak, Shariza Abd Latif, Anis Hafiza, Harith Faisal, Ahyat Ishak, Amir Syahir dan ramai lagi. Saya jugak follow website dan blog2 hartanah macam portal Gila Hartanah, KC Lau, Lelongtips dan macam-macam lagi saluran. Semuanya untuk mendapatkan ilmu pasal hartanah. Sejak tahun 2010 saya ikuti secara perlahan-lahan hal-hal pelaburan hartanah.




Tgk gambar ni, hasil google ni. bukan pic saya pun.. cantik kan ruangan rumah ini. Tak perlu rumah teres untuk start property investment. Apartment pun dah ok. Rumah kecik, modalnya lebih kecil, kalau nak disewakan pun lebih ramai yang akan mampu menyewa. Sekarang kan dah banyak sharing tentang rumah kecil, luar flat tp dalam macam kondo. Follow fb deco-deco, macam2 design boleh jumpa.


Tapi dek kerana sibuk dengan aktiviti rutin menguruskan kerjaya dan keluarga, saya tidak bersungguh2 melihat dalam pelaburan hartanah. Kini, di usia hempir mencecah 39 tahun, baru saya tersedar betapa ruginya saya kerana tidak betul2 mendalami ilmu ini. RUGI kerana pada usia 39 tahun banyak kekangan yang perlu saya hadapai untuk mula menceburkan diri dalam bidang ini.

Apa kekangannya?

LOAN rumah !!! 




Kenapa? Tenure menjadi lebih singkat berbanding pemohon2 yang lebih muda.

Loan rumah kerajaan – tenure sehingga tempoh persaraan. Saya memilih untuk bersara pada had maksimum 60 tahun, jika pinjaman di buat pada usia 39, saya hanya boleh membuat pinjaman dengan tenure selama maksimum 21 tahun.

Loan Bank – Kebanyakkan bank memberikan tempoh tenure maksimum sehingga 70 tahun. Oleh itu, saya hanya boleh membuat pinjaman dengan tenure selama maksimum 31 tahun.

Maksudnya, jika saya ingin membeli sebuah rumah berharga RM200,000

LOAN KJAAN – 100% LOAN, 21 tahun, 4% interest rate = RM1174.36

LOAN BANK – 90% LOAN, 31 tahun, 4.45% interest rate = RM892.79
Nampak tak? What a HUGE difference kan.. Semuanya berkisar tentang masa. When is the right TIME!!

Kawan-kawan boleh cuba housing loan calculator di ringgit plus - RinggitPlus.Com Housing Loan CalculatorIni pengiraan mudah je tau, tak termasuk legal fee, MRTT etc. Roughly about 5% daripada harga rumah. Kena sediakan CASH$$$$$. Sebab tu, apa2 pun kita kena banyakkkkkk menyimpan. Simpan, simpan dan simpan lagi. Kalau yang dah belajar pasal property pulak akan cakap pasal OPM. Other People's Money. Tak reti saya nak explain. Cuba google, huhuhu..


Sekiranya saya dapat loan dengan tenure 30 tahun ke atas dan saya sewakan rumah yang saya beli dengan harga RM900 sebulan, ia ibarat penyewa bayarkan ansuran bulanan rumah saya. Hebat kan.. Tapi sebaliknya kalau saya hanya dapat loan dengan tenure 21 tahun contohnya, saya masih kena bayar sedikit amaun untuk top up bayaran bulanan. Jangan lupa, kadar sewaan kena ikut market, bukan boleh di naikkan sesuka hati, takde orang nak duduk nanti. Lain lah kalau rumah kita tu ada 1001 kemudahan.. 



Moralnya bagi adik-adik yang masih muda, yang ada benefit loan rumah Kjaan atau loan rumah syarikat, gunakan lah kemudahan ini sejak awal agar kita dapat maksimumkan penggunaannya. 

TAPI... jangan pernah lupa, elakkan dari membuat Personal Loan (PL) kerana interrest rate yang tinggi dan Bank kurang suka dengan PL. Untuk pastikan Bank suka nak bagi loan kat kita, jaga profile kewangan kita. Check status CCRIS. Bayar hutang kad kredit dengan secepat mungkin. Sekarang dah ada eCCRIS kan. Haa, x perlu nak bayar RM10 lagi untuk dapatkan report CCRIS, just pergi kiosk CCRIS di Bank Negara pada waktu bekerja dan register di sana. Mcm nak activatekan kad atm la. Tak boleh diwakilkan ye kawan2, kena cap jari. Kalau boleh hantar ibu jari ke sana, boleh kot. Tp pada yang jauh, terpaksa la kan. Cuma, bila ada kesempatan ke KL, spare some time untuk singgah ke Bank Negara. Bukan selalu nak gi Bank Negara kan.. huhu..

Comments