Resepi Kuey Teow Sedap

Assalamualaikum...

Waaah, lama betul saya tak menulis. Banyak perkara yang nak saya kongsikan dalam kepala ni, tapi nak mencari masa untuk menulis dan mood yang baik tu yang payah.

Jomm, hari ini saya kongsikan resepi Kuey Teow mudah tapi sangat sedap.. dijamin sedap okey, insyaallah..
Sumber: Google
Uniknya kuey teow cara saya, saya menggunkan udang kering yang masih berkulit sebagai ramuan utama untuk menaikkan rasa dan aroma kuey teow saya. Udang jenis ini lebih mahal sedikit berbanding udang kering biasa tapi hasilnya memang wowww, berbaloi-baloi. Jangan tak tahu ya, kulit udang mengandungi kolagen, protein dan kalsium yang tinggi. Kuey teow kosong, tanpa ayam ke, kerang ke pun dah sedap. Suka Char Kuey Teow?? lebihkan air, adjust garam gula, jadi la Char Kuey Teow. Asasnya sama sahaja sayang-sayang semua.. Saya tiba-tiba mendapat idea untuk menggunakan udang kering jenis ini kerana teringat pada drama Korea tentang pertandingan masakan yang mana pelakon utama menang pertandingan masakan kerana dia memasak mee kepah dengan memasukkan kulit bawang yang dikatakan memberi aroma pada masakannya. Hmm lebih kurang macam tu lah..

Sumber: Google


Bahan-bahan

A. Bahan Kisar
Udang kering berkulit - 2 sudu besar
Bawang besar saiz sederhana 1 biji
Bawang putih 4 biji 
Lada kering 5 tangkai - sesuka rasa, nak pedas boleh tambah
Sedikit air untuk mengisar

B. Lain-lain
Kuey Teow 2 peket
Tomato 1 biji - potong dadu boleh, potong mcm limau pun boleh. sesuka hati.
Sayur sawi
Taugeh
Ayam potong kecil-kecil
Kicap
Sos cili
Sos perisa tiram
Sos tomato

Cara-cara
Panaskan kuali, masukkan minyak dalam 1/4 cawan. Agak-agak minyak dah panas, masukkan semua Bahan A yang telah dikisar. Tips- jika anda kurang gemar pedas tapi nakkan warna kuey teow yang cantik, buang dahulu biji lada pada cili kering sebelum dikisar. Tumis dalam 5 minit.

Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil dan tomato, masukkan sedikit air jika perlu, biarkan hingga ayam masak. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap masing-masing dalam 2 sudu makan. Gaulkan. Masukkan garam dan sesudu teh gula. Rasa kuah dalam kuali, biar sedikit masin. Adjust garam-gula mengikut citarasa. Then, masukkan kuey teow yang telah di basuh dan ditos serta sayur-sayuran. Gaulkan, goreng dalam 10 minit, sehingga kuey teow nampak berkilat, sedikit kering, then boleh tutup api dan dihidangkan. SIAP.

Ok, mudah kan. bahan-bahan pun simple. Cuba ye, jangan tak cuba.

Comments