Trip ke USS Singapore Cuti Sekolah 2018 - Do's and Dont's

 Salam,

Letih lama duduk dalam kereta belum hilang, tapi hati tak sabar nak menaip, menitipkan setiap perasaan dan pengalaman ke USS kali ini. Semoga setiap saranan dapat digunakan kawan-kawan untuk percutian kalian.


Hari apa jangan pergi? Jumaat
Mungkin hari Jumaat perlu dielak. kenapa? sebab Johor cuti dan esoknya Singapura cuti.  Jadi di pagi hari sangat ramai orang nak ke Singapura, dan di sebelah petang sangat ramai juga yang nak masuk ke Singapura. Bukan saja jalan jadi jamm, menyebabkan bas lambat sampai ke Checkpoint, clearance di Imigresen Singapura sangat panjang barisannya. Kami beratur satu jam sebelum semua dapat clearance di Imigresen. Tiada laluan khas untuk bayi kecil pun. Sampai meragam la anak-anak kecil, bosan dan keletihan.

Oleh kerana jalan jamm, sebab nak cepatkan proses, dalam 100m lagi ke checkpoint, driver bas kami suruh kami turun dari bas berjalan kaki ke stesen checkpoint. Jadi kami dengan anak2 kecil ni jalan di tepi2 jalan, bersama-sama dengan pekerja2 dari dan ke singapura yang semua jalan laju2. Laluan yang ada dah la sempit, takut kaki di pijak tayar bas. Hujan pulak tu rintik2.. stress betul.

Bayangkan, pukul 6.45 kami turun dari AirBnB, 7.00 sampai Tune Hotel, 7.30 bas gerak, 11.30 baru kami sampai USS. Tiada lagi excitement nak berebut masuk ke USS macam masa trip pertama kami tahun 2013 dulu. Badan pun dah penat, kami gerak slow je. Lepas tu balik kena awal sebab takut stuck lagi dalam jamm. Pukul 5.30pm driver bas suruh tunggu di parking, maknanya jam 5pm dah kena keluar. Ini lah waktu banyak games dah tak ramai orang. Rugi kottt... spoiler.. stressss

Jadi kalau anda dengan anak kecil, samada jangan pergi hari Jumaat semasa cuti sekolah atau, jangan pergi dengan bas. cari la jalan lain, cari teksi Singapura dari Larkin Sentral ke. Atau naik flight. Saya tak sempat nak survey teksi di Larkin Sentral.





Nak jimat duit makan di USS?
Senang aje, bawak bekal. Petugas di USS langsung tak check beg. Masa kami sampai, entrance USS lengang, semua orang dah masuk sebab dah lewat. Diorang masih tak check beg. Kami bermalam di AirBnB, so pagi2 hari saya goreng nugget dan sosej, bawa bekal. Bawa bekal jajan, nestum dan air. Tempat makanan banyak, so takde masalah nak makana. Maggi cup bawak juga tapi tak nampak ada tempat boleh minta air panas. Lagi pun kami segan sebab takde

Dengan bekal air, kita boleh refill air kosong sejuk dari mana-mana water cooler. Water cooler akan ada di luar mana-mana restroom. Kalau nak minum air manis, sejuk kat dalam USS tu beli bekas air kat dalam tu. Harga paling murah 10SGD, paling mahal dlm 26SGD. yang 10SGD bekasnya kecil, kurus sikit. ada tulisan USS je, yang lain ada design karekter shrek la, dinasour, macam2 la. Dengan bekas ni, kita boleh refill air soft drink dengan SGD2 atau ice blended buah @ slush dia panngil, SGD5. slush yang Mango sedap, yang strawberry manis. Tapi memang rasa buah.

Makanan Halal ada banyak di USS. Di Oasis dekat Mummy ada nasi tapi menu Indian. Kari terlalu pekat and sayur hancur. Tak kena selera saya. Kita boleh tukar dari nasi beriani ke nasi putih tapi harga sama. sayur pulak tak boleh tukar2. Hmm x friendly langsung. Baik makan western food yang Halal or boleh beli Fries di tempat yang tulis No Pork, No Lard. Panas2, sedap. SGD6 untuk fries with cheese.



Scenic view dari bilik AirBnb kami di KSL Esplanade JB
Games, mana nak kejar dulu?
Dua kali saya ke USS, saya rasa sekarang saya ada better picture tentang trick nak bermain di USS. USS kan macam satu bulatan besar. Dari entrance USS, jalan akan pecah kepada 2. Sebelah kiri, akan melalui kawasan untuk kanak2, Madagascar, Shrek, Dinasour, Waterworld, Mummy dahulu, kalau ke sebelah kanan kita akan melalui New York, Transformer terlebih dahulu.

Jadi kalau anda gerombolan dewasa, pergi la ke kanan. Kalau anda team kanak-kanak, ke kiri. Tips umum - dahulukan game yang hanya few orang boleh main dalam satu masa, so waiting time panjang. Contoh - 4D movie, live show - ramai sekaligus. Rides roller coaster - kurang 20 orang satu trip, waiting time lama.

Roller coaster yang advance macam Gallactica, tak ramai yang naik saya tengok mungkin kerana terlalu seram. So waiting time tak terlalu lama, especially selepas pukul 4 petang. Pergi lah ke Jurrasic Park untuk water rides kerana semasa peak hour, waiting times menjadi 60 minit. Saya belum pernah berpeluang naik ride ini sebab kami ada anak-anak kecil. Insyallah nanti kami datang lagi. Huhu.




Solat
Surau disediakan di belakang roller coaster Battlestar Galactice. Tetapi tiada kain sembahyang untuk wanita. Jadi samada bawa pakaian solat atau pakai solat-ready attire. :)

Jadi, rancang baik-baik perjalanan anda. Walaupun sibuk, spend time untuk study MAP USS di sini supaya anda boleh maximise masa anda, okeyyy.. mahal kot, tiket USS ni.



Tiket USS dan Tiket Bas
Saya beli tiket USS melalui Klook. murah juga, RM200 bagi dewasa, RM160 untuk kanak2 + promo voucher RM50. Cuba lah..
Tiket bas saya beli dengan Oddsy travel, pejabat di bangunan opposite Tune Hotel Danga Bay JB. RM35/ pax tak kira dewasa atau kanak-kanak.

Admin sangat bagus, tapi the whole trip was a mess. Driver bas dan kelindan bas ok, tp mereka ambil penumpang luar ketika di checkpoint. Duit poket kot. Saya tak selesa. Jamm punya pasal, kita disuruhnya turun n jalan ke checkpoint. Tak sesuai untuk keluarga dengan anak kecil.



Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ✳PROMO SINGAPORE/TOUR/USS♡
    .
    》www.facebook.com/lovetravel86
    .
    Salam Admin & Semua. ☺ Jika berminat nak join jom #SingaporeTour day trip dari Johor Bahru dari serendah ๐Ÿ”ฅRM109 sahaja (harga 2019) & ๐ŸŒ#USSPromo Day Trip from JB murah-murah (PM for Promo).. Pakej Group bole dianjurkan.
    .
    Banyak #TiketSingapore / #TiketUss on Promo-lain2 juga menanti anda ✳Private Tour (Trip dari JB via car-alza-starex) ๐Ÿš˜ pun ada.. atau nak join bajet Backpackers Trip (JB-SG)? ๐Ÿ™Œ
    .
    (WHATSAPP) sis untuk info lanjut ya! ๐Ÿ˜ƒ HP: ๐Ÿ”น012-7760219 (JESS)
    .
    #LoveTravel ๐Ÿ”นwww.facebook.com/lovetravel86
    .
    PM untuk dapatkan "Harga Special" anda ☺
    》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
    》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
    》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
    .
    Terima kasih [From Johor Bahru]

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment