Resepi Ayam Goreng KFC Inspired - Mudah Sedap dengan 5 bahan mudah

Salam Jumaat..

20.3.2020, Jumaat

Hmm lama betul saya tak menulis. Sekarang jam 6.41am, hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Maklumlah anak-anak dan mak ayah semua bercuti/ work from home, bosan betul. Tak ada lain nak fikir, masak, masak dan masak lagi. Asyik lapar aje anak-anak ni. So sementara anak-anak masih tidur dan menunggu hari cerah untuk buatkan sarapan pagi, meh saya sharekanresepi super mudah dan sedap ayam goreng ala 'KFC'.

Ayam goreng ala KFC ni ada banyak resepi dan jenis. Macam suami saya tak suka ayam yang banyak sangat salutannya. Jadi saya punya resepi ni rupanya tak macam KFC sangat la, tak bersalut tebal macam KFC. Ayam goreng kalau salut macam KFC tu kena Deep fried, guna minyak banyak, ayam kena tenggelam dalam minyak dan hasilnya ayam akan sangat juicy. Resepi saya tak, goreng guna minyak separa tenggelam, macam biasa je.



Ok, bahan-bahannya adalah:

1. Bawang putih 10 ulas
2. Halia 2 inci
3. Serbuk kari 2 sudu
4. Garam - 1 sudu kecil
5. Cuka - untuk kekalkan kelembutan daging ayam. Kalau tak ada pun tak apa.
Tepung gandum - 3 sudu
Tepung jagung - 1 sudu
(nak letak telur pun boleh)

Cara masak:
Mudah sahaja, tumbuk bawang putih dan halia, kemudian perapkan ayam dengan bawang putih dan halia yang dah ditumbuk, tambah rempah kari dan garam. Tuangkan cuka dan siap untuk diperap. Perap setengah jam pun dah cukup. Kalau takda masa, tak perap pun tak apa.

Lepas dah perap, dekat-dekat waktu nak masak bolehla masukkan tepung gandum dan tepung jagung, x perlu masukkan air sebab kita nak dia menyaluti ayam. Dah sekata, boleh la menggoreng macam biasa. Kalau tepung dah habis, goreng gitu je pun boleh. Kita buat dia, apa ada hal kan.. huhu

Haa, senang kan. Selamat mencuba..

Comments