Roti Jala dan Kari Ayam tanpa Santan - Mudah

Salam,

28.3.2020, Sabtu (hari ke 10 PKP)

Hi kawan-kawan. Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi mudah dengan barang dapur yang minima. Maklum la, celik mata je termenung pikir apa nak buat for breakfast. Sebenarnya malam sebelum tu lagi dah tertanya 'apa aku nak masak esok ni, hmmmmmm'.

Siapa suka makan roti jala. Ada macam-macam jenis roti jala kan, ada yang kuning, ada yang warna warni, macam-macam boleh buat, ikut selera masing-masing. Kuahnya pun boleh dipelbagaikan, boleh kuah kari, kuah pengat durian, kuah manis pun boleh.

Cara buat roti jala ni sangat lah mudah, cuma masa nak cuba pertama kali tu mungkin rasa macam rumit. Saya pertama kali cuba buat sendiri roti jala ni tahun lepas. Lepas cubaan pertama ok, selalu jugak la buat kalau dah jemu makan roti canai. Kaedahnya sama saja macam buat kulit ketayap ke, kulit durian krepe atau lempeng. Bancuhan adunan je beza. Begitu juga kari ayam tanpa santan. Untuk saya yang memang selalu makan gulai ayam (orang Trg tak panggil kari), kari ayam tanpa santan untuk makan denganroti jala ok. Tapi kalau untuk makan dengan nasi saya lebih suka yang bersantan, lemak, sodapp. huhuhu.



Saya pakai botol 3 mata macam ni,
tapi di google ramai je yang DIY botol air mineral
Mana-mana pun boleh, asal rajin mencuba
Roti Jala
Tepung gandum 1/2 kg
Telur 1 biji
Garam secubit/ secukup rasa
Serbuk kunyit 1/3 sudu kecil
Air- 2 cawan, kalau cair tambah tepung, kalau pekat tambah air.
Susu/Santan- kalau nak rasa lemak, boleh tambah

Cara-caranya
Campur semua bahan, blend dan tapiskan.
Pastikan tidak terlalu cair, adjust
Masukkan campuran dalam botol untuk men'jala',

Untuk men'jala', biasa orang gunakan pan kuali yang leper atau dipanggil pan. saya tak ada pan, saya pakai kuali hitam yang tak melekat. pun boleh.

Untuk mula menjala, buka api kuali yang kecil sahaja.


Kemudian mulakan buat zig zag 
Ini versi saya, ada macam2 gaya orang buat, apa2 pun boleh

Kalau bancuhan terlalu cair kita takkan dapat bentuk macam ni sebab adunan akan mengalir ke tengah. Jadi tutup api, tambah tepung dan kepuk semula dan cuba lagi sekali.

Kemudian biarkan dalam 30 saat, perhatikan hujung jala, bila dah terangkat sedikit maknanya dah masak la tu. So, boleh angkat dan letak di atas pinggan. Then ulang proses sama sampai habis bancuhan.
Macam ni..

Sementara tunggu jala ke-2 masak, lipat jala yang dah angkat tadi. Lipat sebelah kiri dan kanan masuk ke dalam, then gulung.. SIAP

Kari Ayam tanpa Santan
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Cili boh
Serbuk kari 5 sudu
Ayam dipotong kecil
Sebatang (kecil) Kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga, 5 biji cengkih, 1 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sampai wangi, lepas tu masukkan cili boh. Dah agak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar, dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak, masukkan ayam, masukkan sedikit garam dan gula, tutup kuali dan biarkan ayam empuk. Kari kalau tanpa santan, serbuk karinya kena banyak sikit. Nak letak kiub ayam sikit pun boleh. Bila dah nampak ayam empuk dan minyak dah keluar, masukkan air. Biarkan ia mereneh sampai masak. SIAP

SELAMAT MENCUBA.. ;)



Comments