Friday, 19 September 2014

BERSALIN dan BERPANTANG DI RUMAH SENDIRI



Salam..

Ketika menulis, saya sedang mengandung nak masuk minggu ke-38. Dalam kata mudah, hanya menunggu hari saja. Ini anak yang ke-4, insyaallah. Mengandung kali ke-5, pertama kali keguguran.

Saya teringin mencoret sedikit pengalaman dan detik-detik penting dalam waktu akhir ini, kerana saya tahu kemungkinan besar lepas ini saya lupa. Jangankan waktu mengandung, apa yang jadi semasa melahirkan anak-anak pun saya boleh lupa. Nasib baik semasa pantang saya ada menulis tentang pengalaman bersalain, jadinya saya boleh baca namun masih tak dapat ingat. Banyak urat putus kot. Itulah pentingnya nota, bingkisan or coretan kita.

Kini, saya sibuk memastikan persiapan semua lengkap. Saya akan bersalin di Pusat Rawatan Azzahrah insyaallah dan berpantang di rumah. Ini kali ke-2 saya akan berpantang di rumah sendiri. 2 anak pertama saya berpantang di kampung. Tapi sekarang mak di kg pun dah tak berapa kuat, tambah pula 2 anak saya dah bersekolah. Yg ke-3 pulak dah 3 tahun, sudah faham erti bosan.. Kesian pada En. Suami nak kena menguruskan anak2 sorang; persiapan ke sekolah, makan-minum anak2, sakit demam, dan si Kakak yg mungkin kebosanan duduk di kg, saya decide untuk berpantang di rumah sendiri sahaja. Seronok la En. Suami.. 

First time BERPANTANG DI RUMAH SENDIRI bukanlah satu pengalaman berpantang yang terbaik bagi saya. Maklumlah, pertama kali. Selain menguruskan bayi sendiri, jadual saya tak teratur. Bertungku pun banyak hari saya culas- sepatutnya 2 kali/hari. Bengkung pun ada masanya hanya pakai minyak Nona Roguy sahaja. Dah la pakai bengkung sendiri, macamana nak ketat.. Patutnya sapu la apa-apa paste; halia+kunyit+asam jawa ke or limau nipis+kapur dan sebagainya.. Tengok En. Suami macam blurr je, saya pulak yang bangun masak, tengokkan anak2. So, boleh dikatakan tak berapa rehat pun. Hasilnya, berat turun sikit je, dan perut saya agak buncit.. sedihnya... 

Kali ke-2 ini, saya rasa lebih bersedia. Selain itu, saya dan En. Suami setuju untuk UPAH sorang pekerja FREE LANCE BIBIK INDONESIA untuk jaga sepanjang pantang. Bukan full time, datang dalam 3 jam sehari selama 44 hari berpantang, Isnin-Jumaat sahaja. RM1500 untuk tempoh itu. Dia akan datang untuk bantu mandikan bayi, urut/ttungku, pakaikan barut, masak untuk saya dan kemas rumah. Cukup 3 jam tu.. kemas rumah sebenarnya hanya sapu, mop lantai dan lipat kain. 1jam setengah dah siap. kain baju En. Suami  yang mesin then hantar dryer. So kain hanya ada setiap 2 hari. 

Anak ke 3 yang berusia 3 tahun, saya hantar ke tadika abangnya yang no 2. Minta tolong Cikgu Tadika untuk terima dia di sekolah. Tadika sebenarnya hanya untuk 4 tahun ke atas. Jadinya tak ada la si Kakak bosan di rumah. Saya pun hanya perlu tengokkan baby. Harap-harap semuanya lancar, insyaallah..


Ini antara CHECKLIST yang boleh dapat dari blog-blog. A good guide, tapi for not-a-first-time-mommy, tak semuanya diperlukan dan bukan semua perlu pada masa yang sama. Kalau tak, pokai la..

Saya biasanya bila bakal melahirkan, perkara yang mesti saya buat mengikut turutan adalah spt di bawah:


UNTUK BABY
1. Basuh semua  kelengkapan baby dalam almari/ hantar dobi

2. Check apa yang ada dan agak, berapa lagi yang diperlukan. mana-mana yang dah buruk, discard. Lipat dan kemaskan - baju, sarung tangan/kaki, lampin, towel, selimut, barut, topi.

3. Beli barang untuk mandian, shampoo, losyen, minyak telon, vicks, wipe, diapers.

4. Beli botol susu, puting yang sesuai dan infant formula sebagai spare sahaja, kot2 susu kurang. Saya memang jenis tak banyak susu di awal kelahiran anak. Tapi alhamdulillah anak ke-3 saya memang exclusive breast beeding sehingga 6 bulan dan sambung menyusu badan dengan campuran susu infant formula sehingga awal 3 tahun. Juga jgn lupa breast pump dan milk storage. 

5. Bersihkan baby cot, alas-alas, car seat, bouncer. Biasanya sehingga anak saya berusia 6 bulan kami tidak akan travel jauh-jauh kecuali balik kampung. Jadinya tak perlu kisah sangat dengan stroller/ car seat/playmat. Car seat bila mula masuk kerja perlu la, sebab nak hantar anak ke rumah pengasuh kan..

UNTUK IBU (DIRI SENDIRI)
Senarai barang yang saya perlukan :
1. Tungku
2. Barut - at least 2 - tengok entri saya tentang bengkung moden
3. Kain batik - banyak helai, 5-7
4. Stokin tebal
5. Nursing bra - at least 5
6. Minyak urut Nona Roguy/ NR
7. Ubat berak - takut sembelit..
8. Maternity pad/ pad biasa Heavy Flow Wing ;)

TIPS untuk tahu tukang urut tu terer ke tidak, kalau mengurut selepas bersalin, point utama yang dia kena urut ialah ibu jari kaki. Sebab urat dia bersambung sampai ke rahim. Ni bukan Doc yang ckap, tapi mak bidan yang cakap. huhuhu.. So, untuk urut, cubalah cari tukang urut yang bagus, penting supaya badan kita segar dan peranakan cepat kecut dan tinggi.

9. Bahan barut 
Saya akan siapkan senarai apa yang En. Suami perlu beli nanti. Buat tak susah pun, blend je semua benda. saya tak pernah beli sebab mahal dan saya tak yakin ia berkesan.. Disini saya kongsikan satu laman web yang ada resepi bahan barut yang saya dah biasa amalkan dan mudah disediakan - 
http://wannurapetuaamalan-petua-mengempiskan-perut-selepas-bersalin/ . Mudah je, sediakan dalam kuantiti yang banyak, masukkan dalam bekas lutsinar dan simpan dalam peti. Setiap pagi dan petang bila nak berbarut, ambil dalam 3 sudu besar, panaskan (saya masuk microwave), biarkan sejuk sedikit dan lumur pada perut. Lepas tu baru ikat barut. Mudah, jimat dan insyaallah berkesan. 

8. Makanan 
Saya akan buat menu saya sendiri. pagi makan ringan2 je, susu/milo dengan cream crackers, tengahari ikan bakar/rebus dengan sayur air/goreng/ulam. Untuk sayur goreng gunakan minyak zaitun.. Daripada menu tu, siapkan senarai barang yang perlu dibeli dan berikan kepada En. Suami...

MENJAGA BABY
Honestly, sepanjang saya jaga baby sendiri, anak saya saya mandikan dekat sinki je. Ada orang tak suka sebab sinki tu jugak kita cuci pinggan. Tapi, itu adalah pilihan terbaik bagi saya. Kalau rumah ada beberapa sinki asing mungkin lebih baik, boleh dedicate salah satu sinki untuk mandikan bayi. Rumah saya 2 sinki tapi sebelah menyebelah, so no diff. Saya mandikan anak di sinki sebab tak mungkin saya boleh duduk mencangkung atau atas bangku untuk mandikan anak pada 2 minggu pertama selepas kelahiran. Jahitan belum sembuh!! So, buat lah apa jua yang terbaik dengan kemudahan yang kita ada.

Selama sebulan, anak-anak saya memang tak miss pakai barut, sarung tangan dan kaki. Lepas mandi memang saya bedung. Dan anak2 saya semua saya baringkan secara meniarap. Mak saya yang ajar. So dah terbiasa. 


22 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. salam, sure no problem. Dah banyak baca sana-sini, apa salahnya jot down so that other people can cut short their way kann..

    ReplyDelete
  3. Banyak tips bagus. Thanks 4 sharing. Sy lak berdebar nak pantang ank ke3 ni. Tapi lmbt lg skrg br 17 mggu. Hihi

    ReplyDelete
  4. Byk info. Thanx 4 sharing

    Saya anak kedua pon berpantang sendiri. Alhamdulillah, suami byk membantu.
    Sekarang pon byk dah keperluan ntok ibu bersalin, mandian herba semua tu beli instant ja. hihih

    Jemput singgah ke blog saya
    www.husnanetwork.com
    dan
    www.dcerdas.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam sis, blh sy dptkan contact number bibik freelance tu? Sy due bln 5 ni insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Ummu Uzair, boleh call 016-340 0598. Bibik ni boleh urut kita sekali, cuma honestly tak sebaik makcik2 urut kt kampung yang saya biasa. TIPS untuk tahu tukang urut tu terer ke tidak, kalau mengurut selepas bersalin, point utama yang dia kena urut ialah ibu jari kaki. Sebab urat dia bersambung sampai ke rahim. Ni bukan Doc yang ckap, tapi mak bidan yang cakap. huhuhu..

    So, untuk urut, cubalah cari tukang urut yang bagus, penting supaya badan kita segar dan peranakan cepat kecut dan tinggi.

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera tuan tanah. thanks for sharing. good info actually. memang dipraktikkan pun oleh isteri. Tapi isteri saya cuba ini hasil dari testimoni yang ramai orang tak tahu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...sy pun menunggu hari tuk anak ketiga ni..memang cadang nak pantang sendiri kali ni..tu yg tgh cari info2...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..
    Terima kasih utk coretan sis..
    Memang normal ye kita cepat lupa selepas bersalin?
    Saya pun begitu..

    ReplyDelete
  10. sy dh masuk 8 bulan dan akan berpantang sendiri..in shaa Allah.
    self maid bahan barut tu memang mengagumkan saya.
    Nak jugak la try..


    Tips Berpantang Sendiri. Pasti Boleh!! | Diari Mama

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, 3 kali berpantang, masih harapkan adik beradik dan mak yang jaga. :)

    berpantang lebih bertenaga

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Salam.. Nak tanya, baringkan baby secara meniarap spjg masa ke mcm mana? Sy ngaj berpantang nak masuk sebukan, anak pertama, baby asyik nangis je kalau baring telentang. Nak tidur kalau sy dukung je ataupun mengiring. Blh x share kalau ad gmbr cmner baring.meniarap. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf dah habis pantang pun sis kan. lama saya tak jenguk blog. Takde pulak pic si kecil meniarap, tap saya biasa letak anak saya meniarap mcm biasa je. macam kita meniarap jugak. Kepala meneleng ke kiri atau kanan, kedua tangan disebelah kepala kiri dan kanan. Masa dia tidur je saya tiarapkan.

      Delete
  14. Salam.. Nak tanya, baringkan baby secara meniarap spjg masa ke mcm mana? Sy ngaj berpantang nak masuk sebukan, anak pertama, baby asyik nangis je kalau baring telentang. Nak tidur kalau sy dukung je ataupun mengiring. Blh x share kalau ad gmbr cmner baring.meniarap. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete
  18. Nak cari pasal nak tumpang anak kt sekolah lain semasa wife berpantang, jumpe blog nie. Thanks a lot madam.
    We're going to the same this year for our fourth child. It's almost 36 weeks already.... please pray the best for us.

    ReplyDelete
  19. bagus panduan ni sis.Lagi-lagi pada bakal ibu yang baru pertama kali berpantang sendiri. Persediaan yang sewajarnya perlu dibuat kalau nak berpantang tanpa ibu/ibu mertua supaya bdan cepat sihat dan luka yang dialami juga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  20. Salam perkenalan dari kak nur
    akak ada buat perkhidmatan urutan selepas bersalin normal/czer.
    boleh hubungi
    Nur 013-2096836
    Nur 013-2096836
    Nur 013-2096836
    (*perkhidmatan kerumah pelanggan*)
    Area sentul,setapak dan seluruh kawasan kuala lumpur dan area gombak dan area selangor yang berdekatan kuala lumpur.

    ReplyDelete
  21. Saya berpantang bersalin anak ke 3 pon dah ala-ala bersalin sendiri. Mak pun dah tua takkan nak bebankan mak. Serba serbi jadi simple. urut cume terus pergi ke spa urut tradisional. Hehehehe.. Alhamdulillah serba serbi macam ok. Mungkin sebab dah anak 3 kot dan kebetulan bersalin waktu akhir tahun cuti sekolah. agak relax. Heheh.

    ReplyDelete